Aku tak suka Boris Boo ~ That Movie Blogger Fella

Sunday, December 19, 2010

Aku tak suka Boris Boo

Aku Tak Bodoh
My rating:




Jarang ada cerita tentang filem tempatan Melayu dalam akhbar bahasa Inggeris The Star. Inilah satu faktor yang membantut perkembangan industri filem tempatan, tapi The Star tak patut dipersalahkan; prioriti mereka ialah artikel yang dapat menarik minat pembaca, dan pembaca The Star memang tak ramai yang minat filem Melayu. Baru-baru ini, satu pengecualian ialah Aku Tak Bodoh yang diberi liputan dua minggu lalu, mungkin kerana ia adalah remake kepada filem I Not Stupid Too arahan Jack Neo dari Singapura yang agak femes jugak di Malaysia. Sebenarnya kalau akhbar Inggeris menerbit cerita tentang filem tempatan, ia sangat berkesan untuk menarik penonton baru bagi filem tempatan. Saya ada seorang kawan yang langsung tak hirau dengan filem tempatan, tapi dia terbaca artikel The Star tu dan dia pun ada kata kepada saya, "Eh, that movie called Aku Tak Bodoh, it actually looks quite good."

Unfortunately, it sucks.

Sixteen-year-olds Roy (Rohaizat Hassan) and Sudin (Aeril Zafrel) are best friends, Roy's brother Jefri (Wan Nor Aizat) is eight, and they all have one thing in common: parents who don't understand them. Roy and Jefri's mum and dad (Amy Mastura and Riezman Khuzaimi) are wealthy but frequently absent, caring more for their respective careers than spending time with their sons. And Sudin has a difficult relationship with his hot-tempered father (Nam Ron), who knows no other way to communicate with his son than to scold him, despite advice from Kak Jah (Adibah Noor). Even Roy and Sudin's schoolteacher (Dato' Jalaluddin Hassan) does nothing but disparage them; they begin to grow more rebellious, and eventually join a gang of hoodlums. And even little Jefri appears to have taken up stealing.

Filem ini ada banyak kekuatan sebenarnya. Ceritanya yang berasal dari filem Singapura cukup segar bagi filem Melayu; tema kekeluargaan sebegini jarang dilihat dalam filem-filem kita yang asyik memaparkan hidup mat rempit atau cinta remaja (atau orang yang kononnya dewasa tapi berkelakuan seperti remaja budak kecik). Saya juga terasa mesejnya mempunyai aspek anti-authoritarian, dimana orang yang tua dan berkuasa dilihat lebih bersalah daripada orang muda - bukan hanya ibubapa dan guru, malah ada juga dua watak anggota polis yang korup. (Kementerian Dalam Negeri tak larang ke? Bagus! Hidup kebebasan bersuara!) Ini juga sesuatu yang baru bagi filem tempatan yang kebanyakannya bersifat konservatif. Nilai produksinya juga memang bagus; pengarahnya Boris Boo pandai memilih syot-syot yang unik dan menarik, jauh lebih baik daripada mana-mana pengarah kita.

Tapi makin lama saya tonton filem ini, makin lama saya rasa jengkel dan muak - dan salahnya terletak dengan Boo yang juga penulis lakonlayar (dengan bantuan penterjemahan Hassan Muthalib). Dialognya tersangat-sangat "atas hidung", atau on-the-nose; bermaksud dialog yang bukannya datang dari watak yang mempunyai pendirian sendiri, tapi dari lidah penulis yang hendak menyampaikan poin dengan cara yang paling gabas dan keras. Ini kerja pencerita yang malas, dan memang malas penceritaan filem ini. Contohnya babak dimana cikgu Roy dan Sudin merampas telefon bimbit pelajar, lalu mencetus perkelahian yang mengakibatkan Sudin dibuang sekolah kerana berlawan dengan cikgu. Pahamlah kalau sekolah tak benarkan telefon bimbit dalam kelas, tapi henpon yang average pun bernilai ratusan ringgit. Adeke sekolah rampas tak bagi balik? Kenapa Roy takut sangat telepon dia kena rampas? Ini salah satu adegan yang paling penting, tapi garapannya tak masuk akal langsung.

The thing is, komedi dan drama adalah dua genre yang sering bercampur. (Sebenarnya, semua filem ialah filem drama, tak kira genre; filem aksi, seram, sci-fi atau fantasi pun perlu ada emosi kemanusiaan.) Tapi campurannya mesti jitu, dan inilah dosa terbesar si Mr. Director tu. Boo juga pernah mengarah Phua Chu Kang: The Movie, dan stailnya tak ubah-ubah dari filem tu. Komedinya adalah jenis yang broad dan slapstick, dan ia sering berlaga dengan unsur drama yang sepatutnya menyayat hati. Contoh pertama ada dari memula lagi; ada babak dimana pertengkaran antara Sudin dengan bapanya menjadi ganas, dan ini diikuti terus dengan adegan dimana bapa dan anak mendemonstrasikan peribahasa "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri" dengan menggunakan kata-kata CGI. Dari rasa terharu, tetiba nak kita gelak pulak. Tak boleh macam tu!

Jadi bila komedi dan drama bertentang, komedi selalu akan menang; penonton lebih rela ketawa dari bersedih, dan akibatnya bahagian yang sepatutnya sedih jadi kelakar pula. Ini ditambah lagi dengan dialog dan adegan yang on-the-nose, bermakna segala yang disasarkan tak kena. Terutamanya pengakhiran filem ini, dimana semua watak sedar akan salah mereka lalu menyesal; ini kita tahu sebab setiap orang sedia mengeksplanasikan salah mereka dan kesal mereka dengan cukup panjang lebar. Babak inilah yang membuat saya terus hilang kepercayaan dalam filem ini. Ia dah jadi ibarat seorang jurujual yang bertungkus-lumus nak pujuk saya beli Nokia N-Gage, sedangkan aku dah ada Sony PSP. Aku hanya nak dia belah jauh-jauh.

Sayangnya ialah kekuatannya yang saya sebut diatas, yang juga termasuk persembahan mantap dua pelakon muda baru. Rohaizat Hassan dan Aeril Zafrel sangat berpotensi, terutamanya Aeril yang mempunyai kekacakan rupa dan karisma yang amat menyerlah. (Jangan kata aku gay sebab asyik menyebutkan pelakon lelaki yang hensem; aku cuma tak nak Farid Kamil sorang je yang jadi jejaka gilaan filem tempatan.) Tapi lakonan pelakon-pelakon yang lain tak konsisten, sebab tak tentu nak buat lawak atau serius. Yang paling dibazirkan ialah Adibah Noor; poster je ada muka dia, tapi watak dia jarang keluar dan tak signifikan langsung. Secara adilnya, filem ini patut dapat 2-½ bintang atas kelainannya dari filem tempatan biasa. Tapi garapan Boris Boo meninggalkan rasa yang hambar dalam mulut saya. Adil atau tak adil, I think this movie sucks.

NEXT REVIEW: The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader
Expectations: I remember liking the first two (but I need to watch 'em again)

7 comments:

McGarmott said...

Dude, did you watch those Jack Neo movies this film is adapted from? The scenes you described here sounded like carbon copies of scenes from its Singaporean versions; I don't plan to see the film but I did see a shot from the trailer that looked like the actors and camera were arranged in exactly the same way ... and I said 'a shot' only because I didn't pay attention to the rest.

Pet Shop Boys said...

oh my, u prefer Ngangkung than this? come on!!

TMBF said...

@McGarmott: No, I've not watched any Jack Neo movies. But I wouldn't be surprised if Boo just went and ripped off the original.

@Pet Shop Boys: I do indeed.

Anonymous said...

TMBF, untuk tahun ini, namakan 3 filem terburuk bikinan Malaysia. list it pls.. need ur enlightenment!

Unknown said...

I am Malay and I can read Bahasa but what's up with the full review in Malay? The reason I read your site is mainly for the English language reviews of Malay films (which is difficult to find anywhere else on the web). What about your readers who can't read bahasa? I know it's probably unlikely they'll watch the films (like me), but usually it's just fun and insightful to read the reviews. I'm probably in the minority, in which case I'll just have to google translate the reviews.

TMBF said...

@Rashdan: You know, I've been thinking about that. I've been writing movies of Malay movies in BM because I've been getting a mostly Malay readership for them. But you're right, I did start writing reviews of local films in English precisely because no one else does. Maybe I should mix it up a bit more.

Anonymous said...

by writing in Malay, you could educate the Malay masses on those films that they think so highly of (e.g: Ahmad Idham films). On the other hand, by writing in English, you could also promote Malay language films to the non Malays. Hmmm...