Masih tiada syurga mahupun cinta disini ~ That Movie Blogger Fella

Sunday, January 9, 2011

Masih tiada syurga mahupun cinta disini

Aku Masih Dara
My rating:




I asked "ada apa dengan Ahmad Idham?" in my review of his last movie, and I haven't figured it out yet. Dialah pembikin filem yang paling rajin dalam industri kita, dan kini saya sudah menonton lima buah filem arahannya - tapi dia masih membingungkan saya. What drives him as a filmmaker, a storyteller and an artist? What are his passions, his pet themes and messages; what does he really want to tell the world? So far, my best guess is "aku suka duit!" Ya, Ahmad Idham ialah seorang hack tulen, melambak-lambak bikin filem komedi, filem cinta, filem rempit, filem seram, filem komedi-seram yang semua sama buruknya. Dia rajin tapi tak tekun.

Dan ini, filem dakwahnya yang kedua, juga dibikin dengan tidak tekun, tidak berperasaan dan tidak bersungguh-sungguh.

Sofea (Raja Farah), Aleesya (Yana Samsudin) and Hani (Diana Amir) are three idle floozies who spend their days shopping and their nights partying. Then one day Aleesya's cousin Firdaus (Ashraf Muslim) comes visiting, and takes it upon himself to show these girls the error of their sinful and un-Islamic ways. Hani and Aleesya aren't buying what he's selling, but Sofea digs it, causing friction between the three friends. So while Sofea starts wearing tudungs and goes to stay with Firdaus' family in picturesque Cameron Highlands, the other two girls continue to wallow in sin and iniquity - especially under the influence of Hani's drug-dealing boyfriend Zach (Farid Kamil).

Tekaan saya memang tepat; ini adalah versi Syurga Cinta yang diterbalikkan jantina, dan sama jugalah tahap keburukannya. Sebenarnya saya sudah rasa bahawa rating 1 bintang saya beri kepada filem itu agak keterlaluan sedikit. It's still a very very bad movie, but it's not offensively bad. Tapi jika "offensively bad" adalah ukuran bagi rating 1 bintang, maka filem Aku Masih Dara layak mendapatnya. You see, Sofea ni gadis Melayu celup, bapanya orang putih dari U.K. Jadi keluarga mereka dah biasa balik ke London sempena Krismas untuk bersama datuk dan nenek. Tapi menurut filem ini, amalan tersebut adalah murtad. Berdosa. Tersimpang dari jalan suci Islam yang sebenar.

Perlukah saya jelaskan mengapa mesej ini tersangat-sangat fucked up? Jika perlu, mari kita bincangkan secara aman sambil minum teh tarik; blog ini pasal filem, bukan pasal agama dan sosial. Tapi jelaslah Islam yang didakwahkan disini ialah Islam yang kolot dan berfikiran sempit. Semasa Sofea and Firdaus dalam perjalanan ke Cameron Highlands, Sofea bertanya, mungkinkah Cameron Highlands turun salji? (Soalan yang tampak melambangkan tahap pemikiran dewasa.) Si Firdaus tu pula menjawab, ya mungkin, jika begitu kehendak Allah. Dia ni fasih agama, tapi tak belajar Geografi Tingkatan 2? Later on, Firdaus lectures her on her own purity and agrees to marry her because she's still a virgin, and Sofea simply nods like a good subservient Muslim woman.

Alahai imam-imam dan ustad-ustazah di Metrowealth, macam manaaa la korang nak mengajar para remaja jika begini pendekatan korang? Skrip ini jelas ditulis oleh orang yang dibesarkan di kampung, yang langsung tidak memahami orang kota seperti yang ingin dipaparkan melalui watak Sofea, Aleesya dan Hani. Bila Aleesya terlanjur dan kehilangan daranya, dia takut dirinya mengandung, lalu cuba menggoda Firdaus untuk mengahwininya dan "menyucikan" dirinya. Hei, korang tau tak ada benda panggil pregnancy test? Atau emergency contraceptive pills, yang boleh dibeli di mana-mana farmasi? Aleesya dan Hani tak reti benda ni, tapi adakah watak-watak ini yang jahil ataupun filem ini yang jahil?

Dan korang nak tunjukkan keindahan dan keagungan agama Islam pun tak berkesan. Sofea may be more conscientious (read: guilt-ridden) than her friends, tapi dia tetap gadis yang suka pergi disko dan minum arak tiap-tiap malam. Jadi apa yang mengubahnya menjadi orang yang beriman? Dia terdengar Firdaus baca Quran. Sekali je! Dengar sekali, terus meluru kembali imannya - dan ini membawa kesan seolah-olah dia mendapat orgasma. (I happen to think a bout of really good sex does bring you closer to God, tapi itu lain citer.) Lalu dia balik rumah dan terburu-buru nak cari kitab Quran untuk dibaca, tapi kelakuannya dalam adegan ini lebih kepada penagih dadah yang tengah ketagihan.

Atau mungkin hanya lakonan Raja Farah yang tersangat kayu. Begitu juga Ashraf Muslim dimana lingkungan lakonannya hanya sekadar dua tiga raut muka. Dua watak yang kononnya paling mulia, sebaliknya paling membosankan; penonton lebih rela nak tengok Yana Samsudin atau Diana Amir. (Wahai Cik Yana, awak pelakon yang berbakat. Kenapaaaalah awak mensia-siakan bakat itu dalam filem taik macam ni?) Dan adakah filem ini merupakan kali pertama Farid Kamil memainkan watak jahat? Kalau ya pun bukannya lain sangat; Zach memang keji, tapi kesemua watak-watak Farid pun agak menjengkelkan. Aku cuma heran bagaimana filem ini menganggap gadis yang bergaul bebas lebih berdosa daripada penjenayah yang ganas seperti Zach.

Tapi semua ini bukan salah Ahmad Idham. Ya, begitulah pendapat saya; saya rasa bukan dia yang mengilhamkan cerita ini, tapi seorang ahli Panel Skrip MIG sebenarnya. Dan saya yakin ianya orang yang sama yang menulis skrip Syurga Cinta. Sebab arahan Ahmad Idham tiada pembaikan, tiada beza dengan hasil kerjanya mengarah filem komedi atau seram. Tiada apa yang menunjukkan dia benar-benar bersemangat hendak membikin sebuah filem yang bercorak agama. Sudut kameranya masih tidak menarik, para pelakon masih tidak berhaluan, jalan cerita masih berserabut. (Aku nak kau jelaskan kepada aku, kenapa Sofea tetiba putus hubungan dengan Firdaus. Boleh tak? Aku tunggu jawapan kau.) Jadi mungkin filem ini bukan buah tangan dia, namun dia jugalah yang perlu menanggung salahnya. Sebab kredit cerita asal dan lakonlayar, semuanya dia rembat - seperti biasa.

NEXT REVIEW: Janin
Expectations: aku cuma heran dengan nama si director tu

4 comments:

apislerr said...

huhu Raja Farah

Pet Shop Boys said...

U know who is the winner here? its u....yg ada guts untuk menonton filem ini.

Farahanani Amhazali said...

so much sympathy on Ahmad Idham..

kalau dia bagus he will direct this movie to "Jalan Yang Lurus".

Ejoi said...

"Dia terdengar Firdaus baca Quran. Sekali je! Dengar sekali, terus meluru kembali imannya - dan ini membawa kesan seolah-olah dia mendapat orgasma. "

Beginilah ulasan yang kita mahu. Ringkas, tepat dan padat!