Langsung tak inkredibel Haq ~ That Movie Blogger Fella

Saturday, February 5, 2011

Langsung tak inkredibel Haq

Haq
My rating:




Seperti yang pernah saya sebut, saya pernah bercita-cita hendak menjadi penulis skrip filem. Banyak sumber pengetahuan tentang seni dan teknik penulisan skrip yang boleh didapati di internet, dan banyak yang saya telaahi dengan tekun. Sebab itulah, dalam karier hobi saya sebagai pengkritik filem, kaedah yang paling saya tekankan ialah penulisan dan penceritaan. Dan pada pendapat saya, ciri itulah yang paling kekurangan dalam industri filem tempatan kita. Kita ada pelakon yang berbakat. Kita ada pengarah yang berbakat. Tapi penulis yang mampu mengarang sebuah cerita yang berakal - mahupun yang masuk akal - amatlah jarang.

Contohnya filem ini, yang dihasilkan dari skrip yang bebal gila babi.

Haq (Zul Huzaimy) dan Bad (Ady Putra) adalah dua adik-beradik rakan karib budak yang telah dibesarkan bersama oleh Mak Lang (Fatimah Abu Bakar) dan Tuan Haji Ibrahim (Zulkifli Ismail). Dari kecil lagi, Haq dan Bad menunjukkan kuasa ajaib, seperti boleh menggerakkan daun dan mangkuk dengan daya pemikiran, serta mengeluarkan cahaya CGI dari hujung jari. Tetapi Bad mula membenci keluarga angkatnya, terutama Haq; apabila dewasa, dia sudah menjadi pengedar dadah yang sering berpakaian segak. Dia mula menganiaya Tuan Haji Ibrahim dan Mak Lang serta anak perempuannya Aina (Raja Farah) yang ada hati terhadap Haq. Namun sugar mummy teman wanitanya Zahra (Nanu Baharudin) makin kecewa dengan kejahatan Bad dan mula jatuh hati dengan Haq, sementara Haq dan Bad menuju ke konfrontasi terakhir yang akan mencabar kebolehan krew efek khas filem ini.

Tidak seperti filem tempatan lain, cerita ini tidak dikarang oleh kedua co-pengarahnya, Jumaatun Azmi dan CL Hor. Skrip ini dikreditkan kepada sebuah entiti yang digelar KasehDia Scriptworks. Abende KasehDia Scriptworks ni?? Halamak, muncullah sebuah raksaksa kembar kepada Panel Skrip MIG. Wahai tokoh-tokoh perfileman yang terhormat, menulis skrip filem bukanlah sesuatu yang patut dikerjakan secara berjawatankuasa! Hasilnya ialah sebuah filem yang umpama peribahasa "tangan kiri tak tau apa yang tangan kanan buat." Cuma dalam misalan ini, ada berpuluh tangan, bukan hanya dua. Kali ni, rebiu saya akan lari sedikit dari format biasa; biar saya huraikan sedikit sebanyak contoh kebangangan and kebebalan filem ini secara bersenarai:

- Si Bad ni, dia benci Haq kenapa? Apa salah Haq terhadap dia? Dia ni tak ubah macam budak kecik yang cemburukan adiknya sendiri tanpa sebab, sampai bila dia nak menggoda Aina pun kena tanya siapa lagi hensem, Haq atau dia. Inike watak antagonis yang menggerunkan?

- Apa sebenarnya hubungan diantara kesemua watak ni? Ibu Haq mati, jadi siapa bapa dia? Bapa Bad mati, jadi siapa ibu dia? Haq jadi anak angkat Tuan Haji Ibrahim, tapi Bad tak? Aina anak Mak Lang suka Haq tapi diromen oleh Bad - tak incest ke?

- Adegan panas antara Nanu Baharudin dan Ady Putra yang diuar-uarkan tu, rupanya tiada kena-mengena langsung dengan jalan cerita. Kita taulah Bad dan Zahra bercinta; yang lebih relevan ialah, Zahra tu siapa sebenarnya? Hidup mewah tapi tak kerja? Ataupun dia bersubahat dengan Bad dalam kegiatan jenayahnya? Atau tidak? Kenapa cetek sangat watak ni? (Jawapannya: sebab semua watak dalam filem ini samalah cetek.)

- Oh Maigod, lakonan Ady. Lakonan yang tersangat-sangat menonjolkan ciri-ciri keju. (Baca: cheesy.) Ini bukan mutu lakonan yang sesuai buat filem yang ingin diambil serius. Ini gaya lakonan Space Cop Gaban.

- Nanu cukup hawt jugak dari segi ke-MILF-an, tapi jelas dia lebih tua dari Adi mahupun Zul Huzaimy. Babak romantis diantara Zahra dan Haq, dimana Haq terkenang ibunya semasa menari dengan Zahra, mendatangkan siratan Oedipus complex yang membimbangkan. Patutlah Haq tak layan Aina. Kau nak kekasih ke nak ibu pengganti? Fatimah Abu Bakar tak cukup lawa untuk kau?

- Zul pulak tu, kayu gilebabi. Hepi ke, sedih ke, marah ke, gelisah ke, muka tetap maintain je. Kalau keju yang dijana oleh Ady dibahagi samarata antara mereka berdua, barulah ngam.

- Bad sering bermimpi dimana dia merenung dirinya yang separuh bogel didalam cermin, sambil melafazkan kebenciannya terhadap Haq dalam suara yang dibubuh filter elektronik. Apa maksud ini? Apakah Bad hanya merupakan barua yang diperalatkan oleh kuasa luar? Soalan ini timbul tapi tak dijawab.

- Dan tiga biji guli yang berisi CGI tu abende?? Toksahlah bagi alasan bahawa sekuel akan menjelaskannya, sedangkan kehadirannya dalam filem ini hanya menimbulkan perasaan WTF.

- Konon je filem aksi. Babak orang jahat datang nak culik Aina, merupakan adegan aksi yang pertama dalam cerita ini. Baru kita teruja nak tengok Haq tunjuk hebat - tetiba dah over. Kemudian ada babak lawan antara Bad dengan sekumpulan goons yang datang entah dari mana. Diorang tu siapa? Nak pukul Bad kenapa? Saja je?

- Pertarungan klimaktik antara Haq dan Bad pun macam terbantut tiba-tiba. Babak lawan yang disebut diatas pun lagi panjang. Malah garapan aksinya semua gagal besar. Suntingan dan syot yang mengelirukan. Gile boring citer ni.

- Memang gile boring citer ni. Setiap kali orang bercakap, kena pause lama-lama diantara setiap ayat. Jelas bahawa jalan ceritanya sebenarnya tak cukup panjang untuk memenuhi masa. Durasi 90 minit rasa macam 3 jam.

- Nak cipta watak hero Melayu yang boleh disanjung dan diikuti anak-anak muda? Korang tak reti ke, sifat seorang adiwira yang paling penting ialah menggunakan kuasanya untuk menentang kejahatan dan menegakkan keadilan. Itulah yang menjadi pedoman Superman, Spider-Man, Batman dan lain-lain. Sepanjang hidupnya, Haq buat apa dengan kuasanya? Jadi bisnesman. Fuh, sungguh heroik. Boleh jadi Datuk kot.

- Apa yang hebat sangat kalau nak tunjuk orang Melayu yang kaya-raya? Sedangkan kau tak tunjuk pun apa kerja dan usaha yang membawa kekayaan itu - malah nilai-nilai murni yang sebenarnya patut disanjung pun tak nampak. Mana kebaikan hati Tuan Haji Ibrahim, keberanian Haq, keimanan mereka berdua? Cakap je tapi tak tunjuk. Yang kau tunjuk ialah diorang tinggal rumah besar, naik helikopter dan bawa kereta BMW. Inike "Islam yang moden dan maju"?

Okey, sekarang saya nak sebut pasal apa yang baik tentang filem ni. Lakonan Nanu sebenarnya cukup meyakinkan, begitu juga Fatimah Abu Bakar. Ada satu adegan aksi kereta golek dan meletup yang digarap dengan elok, menunjukkan mutu teknikal yang jarang dilihat dalam filem tempatan. Arahan Jumaatun dan Hor ada gaya visual tersendiri, dan ini juga sesuatu yang lain daripada pengarah-pengarah lain; sekurang-kurangnya mereka berusaha hendak membikin sebuah filem yang sedap dilihat. Malangnya, filem ini ada bentuk tapi tak ada bahan*.

Saya tak tahu apa sumbangan Jumaatun, tapi Hor pernah mengarah filem Kinta 1881 yang juga kurang berjaya; malah ia dihentam kaw-kaw apabila ditukar judul dan dipasarkan ke luar negara. (Sakit hati baca link tu wei!) Mungkin Hor seorang pembikin filem yang tekun dan bersemangat, tapi dia langsung tak tahu-menahu tentang penceritaan dan arahan aksi. Saya tak nak bagi filem ini rating bintang yang rendah sangat, sebab saya mahu Hor dan Jumaatun terus membikin filem, memperbaiki kelemahan mereka (cadangan pertama: hapuskan KasehDia Scriptworks tu), dan menyerlahkan kelebihan dan kelainan mereka dari filem-filem tempatan biasa. Namun beginilah hakikatnya dengan industri filem kita - setiap langkah kehadapan diikuti dengan dua langkah kebelakang.

NEXT REVIEW: Shaolin
Expectations: hoping it'll be as epic as it looks

* Eh, okey ke terjemahan "all style, no substance" ni? Aku pun tak pasti.

16 comments:

Sky0ne said...

hahaha adess...tgk trailer, mcm best...sekali hampeh daaa

Ajami Hashim said...

bro! aina BUKAN anak watak Fatimah Abu Bakar coz dia panggil 'Mak Lang' dan BUKAN juga anak Hj Ibrahim coz dia panggil 'Pak Lang'..Aina ialah watak misteri kena tgk sekuel/prekuel ada lagi 2 yer! btw misteri 'siapa Aina' itu jugaklah buat aku bersabarrr sampai abis nak tau sapakah dia? huhuhu!

Ajami Hashim said...

FYI, aku siap buat kesimpulan sendiri yakni Bad dpt belajar ilmu hitam dr golongan magician kat perancis dr filem The Da Vinci Code hihihi!

songo said...

TERBAEK...

2 stars is ok lah...
Aku tak leh nak komen pajang2, pasal aku tertido di pertengahan jalan. Ampooooonnn...

Ade sekuel ke cerite ni? Tak sabar nk tggu. #LOL

Anonymous said...

Yo, bila nak buat film? takkan nak kutuk film orang jer? kau kan gempak? takkan org gempak goyang telor kat umah asyik kritik filem orang lain jer kan?? itu bukan gempak, itu haprak! hehehe.. sorry to say la bro,tapi kalau kau ni James Cameron atau Christopher Nolan bolehla diterima kritikan kau... tapi kau cuma seorang penakut yang merahsiakan identiti kau pastu hentam orang.. ko ni troll la.. kalau kau rahsia identiti sebab kritik kerajaan lain la, tapi ni..?? Ko ni big talk jer.. aku start baca blog ko masa ko kutuk Ahmad Idham. From there until now, I can see that you're jealous! Filem HAQ ni memang banyak kekurangan tapi kau kutuk melampau. Benda yang kau buat ni boleh menghilangkan minat rakyat untuk menonton filem Malaysia.

Nizam said...
This comment has been removed by the author.
Nizam said...

I think it is wrong to say just because one is not a film maker, one cannot be a critic. Lepas tu, bila orang macam aku yang dah direct beberapa telemovie dan TV series dan tak lama lagi filem perlu capai tahap pengarah besar Hollywood sebelum aku sendiri boleh mengkritik?

Pengkritik tugasnya adalah untuk mengkritik dan aku cukup-cukup hormat dengan tugasnya. Tanpa pengkritik yang berilmu, orang macam aku tak akan dapat feedback yang sahih dan yang membantu. Ya, sebagai seorang pembikin, kita mahu dipuji, disukai, tapi masalahnya, apa yang kita lakukan itu tidak selalunya sempurna. Maka, kita perlukan pengkritik (tak kisah, medium apa yang digunakan pengkritik, yang penting si pengkritik mengkritik dengan ilmu di dada) untuk menunjukkan kesilapan kita agar kesilapan tersebut diharapkan tidak akan dilakukan lagi.

Secara peribadi, saya lebih sedia/suka dikritik dengan secara membina dari dipuji dengan melambung tanpa apa-apa point untuk membantu saya memperbaiki craft saya sebagai seorang pengarah.

Dan saya mahu terus belajar dan belajar lagi untuk memperbaiki lagi apa yang saya lakukan selama ini. Kerana saya cintakan apa yang saya lakukan (penulisan serta pengarahan) dan saya cintakan sinema.

Nizam Zakaria

RosmanPositivo said...

I second Mr Nizam Zakaria.

1 question. Have you EVER heard or seen Simon Cowell sing on stage? Nuff said ;)

TMBF said...

@Ajami Hashim: Mungkin dalam sekuel, Aina juga akan menunjukkan kuasa ajaib boleh menghasilkan angin untuk meniup rambutnya dengan dramatik.

@Nizam: Saya juga rasa pengkritik filem adalah penting bagi sesebuah industri filem yang maju. Hollywood ada, UK ada, Perancis ada, tapi Malaysia belum ada (ulasan dalam akhbar mainstream semua tak guna punya). Pengkritik filem bagaikan "third estate" selain pembikin dan penonton, antara peranannya ialah quality control buat filem yang dikeluarkan. Bila industri kita mula menghormati pengkritik filem - dan bila kita ada lebih banyak pengkritik filem yang patut dihormati - barulah filem kita akan bertambah baik.

fadz said...

yey to TMBF, and thanx, i dont need to review or watch this film becoz im so convinced by your review, tq once again!

son of the land said...

You've convinced me to not watch this movie, and ignore comments that say the special effects are worthwhile.

BTW, I'd translate 'all style, no substance' as 'ada gaya tapi tiada intipati'.

@hitamputih : Your argument is invalid. Everyone's a critic. IMHO film-makers are the one who should NOT be a critic.

Unknown said...

@hitamputih : TMBF wouldn't "kutuk" the films if he didn't think they were crap. He has been pretty generous to a few Malay films that were pretty crap. It's not like he's Armond White who's just being contrary. If you don't agree with his views maybe you should write your own Malay Movie Blog. I would genuinely like to read a positive review of Malay movies.

TMBF said...

@son of the land: I was trying to keep the alliteration. :P

idysur tagem said...

@hitamputih

kau nak ulasan filem yang mengangkat dan menyanjung filem malaysia kau bacalah berita minggu.even utusan malaysia pun ada pengkritik filem yang berupaya mengkritik dengan bernas.

lagi satu,kebanyakan media aliran utama kalau cerita apek david mesti mengatakan yang filem-filemnya bagus.nak tau kenapa?sebab mereka dibayar oleh apek tu setiap kali ada press conference.baik atau tidak filem-filem beliau,media mesti tulis yang baik-baik.

kae said...

tgk trailer pun dah tahu execution nye camne.baggi utk movie ke drama ke. yang paling penting
1.storyline.if its drama it has to make sense and interesting,if ada twist make sure its creatively plotted not predictable.
2.script.
yg lain2 tu bonus.

Anonymous said...

"Benda yang kau buat ni boleh menghilangkan minat rakyat untuk menonton filem Malaysia." - hitamputih

bodo* nk mampus ayat ko nie...ko igt org msia bodo*2 x leh pk cite mane best yg mane x best. bolo punye org.