Kedah cun, KL tak ~ That Movie Blogger Fella

Saturday, April 2, 2011

Kedah cun, KL tak

Cun!
My rating:




Man, this did not look good. Judul yang tiada makna. Poster yang sewel. Trailer yang menggunakan typeface Comic Sans. Tagline yang tak senonoh. (Abende tu "try-test"? Apa maksudnya hero kampung "try-test" awek glamer? Aku "try-test" adik pompuan kau boleh tak?) Serta premis lelaki miskin/kampung/bawahan bercinta dengan perempuan kaya/kota/atasan yang dah kita tengok banyak kali giler, sampai saya tak tahu apa yang ada dalam psikologi lelaki Melayu yang gemar sangat cerita ini. About the only thing it had going for it was that director Osman Ali made Bukak Api 11 years ago. A local filmmaker willing to make a film about transvestite prostitutes ought to be cut from a different cloth from the Ahmad Idhams and Razak Mohaideens and Syamsul Yusofs of our industry.

Well, he is, in one important respect. But just one.

Luna Latisya (Maya Karin) is the host of gossip TV show Meletops, but she's grown tired of it all - especially when she catches her fiance Ryan Hidayat (Jehan Miskin) cheating on her, and her producer Candy (Ning Baizura) only thinks of it as more fodder for the show. Luna flees KL with her assistant Tom (Faezah Elai) and goes to Tom's hometown, Kampung Mata Ayer in Kedah. There, she meets Tom's grandmother Tok Chah (Kartini Aziz), her mentally-retarded cousin Manis (Nadia Nissa) - and Atan (Remy Ishak), Tom's other and hunkier cousin. As the city girl learns to love the country life - and weathers the jealousy of village gossips Bedah Tonggek (Mislina Mustaffa) and Eton Gebu (Siti Nor Faridah) - she also starts to fall for Atan, and him for her. But Ryan and Candy soon catch up with her, meaning to persuade her back to the life she left behind.

Kepada pembaca-pembaca saya yang berasal dari negeri Kedah, anda patut segera menonton filem ini. Ianya ibarat sepucuk surat cinta buat masyarakat kampung Kedah, dan ia berjaya memaparkan Kampung Mata Ayer sebagai sebuah tempat yang giler seronok, serta didiami watak-watak yang giler kelakar. The kampung scenes are a truckload of fun, and the actors in them seem to be having just as much fun with their hilarious Kedahan accents; jika ada diantara barisan pelakon yang memainkan watak orang Kedah sebenarnya bukan orang Kedah, maka tertipulah saya. Komedinya walaupun broad dan slapstick, namun cukup berkesan kerana ia tidak mempersendakan atau memperbodohkan sesiapa. There's a good-naturedness to it all, and a great deal of affection for the characters and their way of life, that's rare in Malay films and that I certainly wasn't expecting from this one. It works.

You know what doesn't work? The storyline. The plot. The ham-fisted dialogue whenever it tries to get emotional. Anything other than the comedy, frankly. Inilah masalahnya dengan industri filem kita, dimana pembikin-pembikin filem masih kekurangan basic filmmaking craft - dan malangnya, Osman juga tidak terkecuali. Hakikatnya, kisah cinta dua darjat ini adalah cerita yang usang dan formulaik, namun formulanya memerlukan prinsip penceritaan asas untuk disampaikan dengan berkesan. Perubahan dari benci kepada cinta antara Atan dan Luna tidak menjadi. Perwatakan kedua mereka tidak konsisten. Dilema Luna antara cinta dengan karier tidak terasa. Ini semua elemen yang crucial bagi keberkesanan filem ini. Usah nak mintak idea yang baru dan segar, sedangkan premis yang lapuk macam ni pun tak boleh bikin elok-elok.

Akibatnya, filem ini sering berayun dari adegan yang seronok ke adegan yang membosankan. Dan memang jelas bahawa kebanyakan adegan yang membosankan melibat watak-watak warga kota. Candy dan Ryan Hidayat adalah dua watak yang sama over-the-topnya dengan warga kampung, tetapi anehnya, dialog mereka jauh kurang lawak jenakanya dari dialog masa di kampung. Without any real humour to their scenes, Ning Baizura's and Jehan Miskin's schtick is just annoying. Satiranya mengenai media hiburan juga kurang tajam giginya; banyak lagi sasaran yang boleh awak tembak, En. Osman, kenapa cetek sangat? It's clear Osman has a lot more feeling for the kampung scenes than the kota ones; saat klimaktiknya di studio rakaman Meletops menampakkan klisye Slow Clap yang dah kita tengok sampai jelak dah. Audiens dalam tayangan saya ketawakan babak ni.

Namun bila filem ini seronok, ia memang seronok. And the acting has a lot do with this, because it's clear the entire cast is having the time of their lives. Nadia Nissa is amazingly natural as Manis, the girl with the mind of a 5-year-old; in many ways, she is the heart and soul of the kampung scenes. (Dan Osman tidak sesekali menjadikan kerencatan akalnya sebagai bahan ketawa.) Kartina Aziz rocks as the cigarillo-smoking Tok Chah, but she has one emotional scene near the end and she absolutely sells it; kenapa saya tak pernah tahu betapa hebat lakonannya? Even Faezah Elai, who has been typecast as perky and bubbly types, shows a glimpse of real dramatic ability. And finally, the stars of the show: Remy Ishak is better here than I've ever seen him, and he brings a real down-to-earthness to the kind of role that's often used as male wish fulfillment. (Wei Farid Kamil, belajar sket!) Maya Karin pula mempunyai karisma yang mampu menyerikan layar perak, tapi dia masih perlukan bimbingan seorang pengarah yang pandai mengarah pelakon; her approach to a couple of scenes is a little off.

The clear affection that Osman and his cast have for the story, the characters, and the movie they're making, is infectious. Dan inilah yang menjadikan Cun! istimewa diantara filem-filem tempatan yang sering bernada bengis. Kelemahannya jelas dari segi penceritaan (dan juga pengarahan; En. Osman, sila lihat semula adegan "minah rempit" tu, dimana sebuah motosikal jatuh ke dalam parit for no apparent reason), dan saya cukup kecewa kerana ia sudah hampir menjadi filem yang benar-benar bagus. Namun pada akhirnya, saya gembira dapat menghabiskan masa bersama penduduk-penduduk Kampung Mata Ayer. Inilah beza antara filem yang dibikin dengan penuh kasih sayang, berbanding sekeping taik macam Semerah Cinta Stiletto. Bezanya amat ketara.

NEXT REVIEW: ... Dalam Botol
Expectations: heard a lot of good things about it

4 comments:

ali aiman said...

sekeping taik...bam! in his face! nice one dude.

Aku Pembaca Filem said...

Setuju dgn review ko. Filem Cun ni overated. Aku dan wife tertipu! Aku pun pelik apa yang sesetengah orang di forum internet suka sangat dengan filem ni sampai nak tengok 2,3 kali...oh no...pembacafilem.blogspot.com

AbduL QaDir said...

I dont like this one...too bising lah...hope Osman boleh challenges himself to make something great macam Thai's "Bangkok Traffic Love Story" n "Hello Strangers"...

Afiqah Mohammad said...

"jika ada diantara barisan pelakon yang memainkan watak orang Kedah sebenarnya bukan orang Kedah , maka tertipulah saya."

remy ishak bukan org kedah. melaka if im not mistaken :)