Momok Jangan Panggil Aku
My rating:
Saya cukup sedar bahawa rating yang saya beri kepada filem tempatan semakin meningkat sejak saya mula mengulas filem dua tahun lalu. Daripada purata 1-½ hingga 2 bintang, kini lebih kerap ada 2-½ mahupun 3 bintang. Sebabnya ada dua kemungkinan: a) filem tempatan makin bertambah baik, dan b) saya makin terpengaruh akibat sering menonton filem tempatan hingga pandangan saya sudah hilang keobjektifannya. Mungkin yang pertama ada benarnya. Mungkin pada tempoh masa dari bulan Mei tahun 2009, kebetulannya banyak filem yang teramat teruk dan buruk yang ditayangkan. Tapi saya juga pernah mengaku berat sebelah terhadap filem Malaysia. Ini suatu perkara yang membingungkan saya.
Tapi selepas menonton filem ini, saya sudah pulang ke pangkal kepastian. Kalau filem macam ni boleh berjaya dibikin, jelas industri kita masih di tahap jamban.
Ada mamat bernama Ramli (M. Jamil SARIMAH) yang keje kat opis. Dia menerima panggilan dari kawannya Ajis yang mengajak dia datang melawat sebab ada surprise yang nak ditunjukkan. Masa tengah berbual, Ramli tersandung wayar talipon dan terjatuh. Lepas tu, dia nampak seorang tukang tilik di kaki lima kena sapu oleh DBKL. Lepas tu, dia bawa kereta bersama dua orang rakannya, Sudin (Ariff S. Shamsuddin) dan Qaseh (Cassandra Patrick), menuju ke kampung Ajis, rupanya kerana Ajis nak kahwin. Surprise! Dalam perjalanan, Qaseh bercerita pasal hantu. Kemudian mereka mengajak seorang total stranger bernama Abang Long (Syed Abdullah Uncle Seekers) naik kereta bersama, tanpa mengesyaki dia ni serial killer ke apa, dan Abang Long ni juga ceritakan kepada mereka sebuah cerita hantu.
Ada satu benda dalam filem ini yang saya suka. Dalam babak Hantu Saka, ada watak Chu Lamah (Mariani Ismail) yang sedang nazak ingin berjumpa dengan cucunya Jasmin (Baby Faralia). Bila seorang mamat membawa Jasmin ke sisi Chu Lamah dan berkata, "Jasmin sudah datang," nenek itu balas, "Aku taulah bodoh!" Ini membuatku tersenyum. Mungkinkah kerana senyuman saya itu, filem ini patut diberi pujian? Mungkinkah dengan baris dialog yang mencuitkan hati ini, saya patut memberinya rating 1-½ bintang sekurang-kurangnya? Tidak sama sekali. Kerana dalam filem yang memakan masa 1 jam 38 minit ini, hanya ada 5 saat yang menghiburkan. Yang lainnya semua macam taik.
Ini sememangnya filem sampah. Jalan ceritanya sampah. Dialognya sampah. Arahannya sampah. Lakonannya sampah. Efek khasnya sampah. Sinematografinya sampah. Kesemua barisan pelakon dan kru telah mengaibkan diri sendiri kerana terlibat dalam sampah ini. Kesampahannya sudah jelas ternyata dari awal lagi, masa adegan tersandung wayar talipon dan tukang tilik yang saya sebut dalam sinopsis di atas. Kedua-dua adegan ini tiada kaitan langsung dengan apa-apa. Tak lawak. Tak logik. Tak bermaksud. Dalam perjalanan ketiga-tiga watak utama, tetiba cakap nak pergi majlis kahwin Ajis kawan mereka, sedangkan pada permulaan dia cuma kata ada surprise nak tunjuk diorang. Skrip dah ubah kat tetengah tapi lupa nak betulkan kat memula.
Tapi yang paling meradangkan ialah betapa kerapnya filem ini membuang masa. Bila ada orang ketuk tingkap kereta, pemandu dan penumpang bersembang selama seminit dua sebelum membuka tingkap. Bila ada hantu raya yang sedang mengejar seorang perempuan, perempuan itu berhenti sejenak dan meraung kepada suaminya, manakala hantu itu pun berhenti dan berdiri sambil menunggu keputusan perbualan mereka. Bila seorang suami mengesyaki bahawa hantu polong sedang mengganyang isterinya, dia berjalan perlahan-lahan ke arah bilik isterinya, kemudian mengetuk pintu dan memanggil dengan sopan. Filem ini menguji kesabaran penonton dari mula sampai akhir. Jika Kesabaran dijadikan subjek baru dalam kurikulum sekolah kebangsaan, filem ini boleh jadi ujian STPM.
Ah! Malaslah aku nak ulas filem ni. Kalau nak huraikan segala kegagalannya, sampai tahun depan pun tak habis catatan ni. Saya cuma hairan bagaimana filem ini boleh terbikin. Ia merupakan follow-up kepada Momok The Movie yang keluar dua tahun lalu. Dalam rebiu filem itu, saya tertanya mengapa ia perlu dijudulkan sebagai The Movie, macam dia takut penonton movie takkan tahu movie yang ditonton tu ialah sebuah movie. Rupanya ia berasal dari sebuah filem VCD keluaran tahun 2004. Mampukah sebuah VCD dapat meraih untung sehingga jenamanya dapat meningkat ke panggung wayang? Adakah Momok The Movie benar-benar mendapat kutipan RM2.5 juta, menunjukkan permintaan orang ramai yang tinggi untuk sebuah sekuel?
Saya dapati ini amat sukar untuk dipercayai. Saya amat musykil dengan kejujuran dan ketulusan syarikat penerbitnya, Galaksi Seni Sdn. Bhd. serta pengarahnya M. Jamil SARIMAH. Ya, begitulah namanya ditera pada filem ini, kerana beliau anak kepada seniwati Sarimah Ahmad. Co-star dia Ariff S. Shamsuddin juga anak kepada S. Shamsuddin, dan nama watak-watak Ramli, Sudin dan Ajis jelas merujuk kepada karya seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tapi filem ini bukan tribute, sebenarnya ia suatu penghinaan. Ibarat M. Jamil mencampak arang kearah memori zaman kegemilangan filem Melayu. Toksahlah kau nak jual nama mak engkau, wahai Tuan Pengarah. Bakat dia setitik pun tak turun pada kau.
NEXT REVIEW: Water for Elephants
Expectations: been a while since I watched a good melodrama
Wednesday, May 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
hahaha .. sometimes you just have to be picky, ya know. ada filem yang awal-awal lagi 'sudah terang lagi bersuluh' tak ok.
but if you being one picky critic, i'd not have this funny article to read.
whatever.
TMBF for the win.
"Jika Kesabaran dijadikan subjek baru dalam kurikulum sekolah kebangsaan, filem ini boleh jadi ujian STPM."
LOLZZZZ
@Hazirah Kamal: I have a long and detailed rationale on why I choose to watch movies that I pun tahu are gonna suck. Maybe one day I'll write a TMBF's Manifesto.
Makin kau kutuk filem ni makin aku terasa teringin nak menontonnya
@Pet Shop Boys: Silakan. Misery loves company. ;)
no wonder font tajuk kat poster sama, kesinambungan rupanya... the same crap la ni... :p
the title is enouguh for me to avoid this.
can't wait for your WFE review! i gave it 3 1/2 stars :D
Masa pertama kali melihat trailer cerita ni kat pawagam sebelum tayangan filem seru, rasa mcm nak muntah. Itu baru tengok trailer yang buruk. Thank Mr. Jamil, for that trailer!!!
ni yang best ttg TMBF, he just watch and watch, respek kat lu bro, coz aku pun dah tak tahan bila tgk bhg 1
sib baik i x pilih to watch dis muvie..tp dr title pon..mcm da leh predict hows da film will be..BUT xleh gak..mcm "Hantu kak Limah",i didnt expect d movie will be dat lawak..=p cuma biasalah ade part2 yg x logik as well..hehe..=)
Momok the Movie, cukuplah, cukup lah dengan filem yang macam gampang.tp skrg muncul plak sequelnya.. mmg macam gampang.. sampai sekarang setiapkali aku teringat momok the movie, setiap kali tu juga aku cakap, "babi betul, rugi RM30" aku tengok sebab temankan anak buah nak tgk sgt cerita hantu. Movie ni dapat 1juta sebab masa tayangan kena pada cuti perayaan.
Aku sgt agree dgn apa kau ckp. Aku yg tgk dgn housemate pun tarik-tarik rambut sbb buang duit beli dvd ni kat apek dvd. Lawak dlm cerita ni akan buat korang cringe sampai berdenyut kepala. Sedddddihhhh!
I always turn to Vampire any time I want to. I become a Vampire because of how people treat me, this world is a wicked world and not fair to any body. at the snack of my finger things are made happened. am now a Powerful Man and no one step on me without an apology goes free. i turn to Human being also at any time i want to. and am one of the most dreaded Man in my Town. i become a Vampire through the help of my friend who introduce me into a Vampire Kingdom by given me their email. if you want to become a Powerful Vampire kindly contact the Vampire Kingdom on their Email: Vampirelord7878@gmail.com
Post a Comment