Lu sudi, gua tak reti ~ That Movie Blogger Fella

Tuesday, May 24, 2011

Lu sudi, gua tak reti

Kongsi
My rating:




Saya benar-benar tak paham citarasa penonton filem Melayu. Filem yang best tak untung, manakala filem tak best jadi box-office hit. Tetapi satu arah aliran yang jelas ialah blog TMBF langsung tidak berpengaruh Shaheizy Sam sudah menjadi pelakon yang paling panas baru-baru ini. Kedua-dua filem dimana beliau memegang watak utama sudah memecah rekod, maka tak hairanlah bila yang ketiganya berjaya mencapai lebih RM1 juta pada hari pertama tayangan. Tapi ada sebuah teori yang mengatakan jumlah kutipan hari pertama bukanlah ukuran bagi kualiti filem tersebut, tetapi ukuran antisipasinya. Saya akur kepada teori ini, dan sebab itulah saya hairan dengan reaksi audiens dalam panggung semasa saya menontonnya. Diorang suka. Ketawa masa babak lawak. Cukup enjoice ngan citer ni, terutamanya bila Shaheizy keluar.

Inilah yang membuatku hairan, kerana filem ini menyedutkan mengesuckskan menyuckskan sucks.

Dunia kongsi gelap KL digegar apabila seorang pembunuh bernama Tumulak (Shaheizy Sam) mula menghapuskan orang kuat geng Melayu, Cina dan India satu demi satu. Ini menyebabkan ketua-ketua geng, iaitu Jimmy (Chew Kin Wah), Victor (S. Veerasingam) dan Maliki (Pak Piee), terasa gerun; manakala Mikail (Azad Jasmin), anak Maliki dan abang long gengnya, cuba memburu Tumulak sebelum dia diburu. Pihak polis pula, diketuai ASP Shariff (Fizo Omar) dan dibantu Inspektor Olla (Yana Samsudin) dan Inspektor Yati (Putri Mardiana), bertungkus lumus hendak mencari dan menangkap Tumulak. Sebenarnya Tumulak bertindak atas arahan Kempedu (Bront Palarae), seorang gangster dari Thailand yang mahu membunuh ketua-ketua kongsi gelap di KL kerana... kerana dia jahatlah. Oh, dan citer yang banyak bunuh-membunuh ni adalah komedi sebenarnya.

Ai kenot brain dis muvi. Ai rasa takde siapa yang boleh. Jalan ceritanya berserabut dan tak tentu hala; sekadar adegan berikut adegan yang tiada kena-mengena antara satu sama lain, lepas tu tamat. Tumulak ni, kononnya nak bunuh orang, tapi kangkadang bila dia dapat peluang nak bunuh, dia tak ambik. Polis ni, kononnya nak siasat, tapi tau buat roadblock je - roadblock yang tidak mendatangkan faedah, sampai dekat ending kira nasib je dapat tangkap orang yang dikehendaki. Mikail ni, kononnya watak penting, tapi subplot dia tak berhubung kait dengan apa-apa. Dan segala babak dengan ketua-ketua geng tu buang masa je. Hanya lawak berbentuk parodi filem triad Hong Kong macam Young and Dangerous dan Election, yang tak relevan kepada cerita - dan tak lawak pulak tu.

Menurut Tuan Pengarah En. Farid Kamil, mulanya skrip filem ini berbentuk cerita aksi yang serius, sehingga ia dikerjakan semula menjadi komedi. No wan der laaa. Filem ni macam tak tau nak serius ke nak kelakar. Tumulak ni tak tau samada dia watak villain yang mengerikan atau bahlol semata-mata. Nadanya tak konsisten langsung. Ada subplot tentang sejarah dan dendam antara Shariff dan Tumulak, kerana mereka pernah berkawan suatu ketika dulu. (Protip kepada Farid: kalau nak tunjuk flashback, tukarlah gaya rambut watak. Baru nampak peredaran masa.) Subplot ni macam datang dari filem yang berlainan sama sekali. Bukannya komedi dan aksi tak boleh bercampur, tapi campurannya mesti jitu. Ini, ibarat nakkan minuman yang masam manis seperti ice lemon tea, tapi dihidang Pepsi campur cuka.

Yang paling menyedihkan ialah, ada kesan yang menandakan bahawa skrip asalnya agak baik. Saya terkejut melihat satu dua adegan yang menunjukkan hormat kepada kepintaran penonton, dimana plot point disampaikan tanpa dijelas bulat-bulat. Satu ialah introduksi watak Inspektor Yati, dan satu lagi ialah babak dimana Tumulak mengekori isteri Shariff. Mungkin skrip itu boleh dijadikan filem action-thriller yang best, tapi Tuan Pengarah Farid telah menokok-tambah jenaka yang bodoh lagi membodohkan. Contohnya part dimana seorang pegawai polis menumbuk seorang ketua geng tanpa sebab. Kau tau tak, polis pukul saspek dalam tahanan itu salah? Mencabul hak asasi kemanusiaan. Kau nak tunjuk Polis DiRaja Malaysia kita ni korup ke? Kau ingat ini hanya adegan lawak ringan, tapi dis is not fanni bro.

Saya tahu, semua orang nak tengok filem ni semata-mata hanya kerana Shaheizy Sam. Tapi dia juga membawa masalah bagi filem ni. Persembahannya tak ubah macam pelakon diva, tapi ini bukan mengatakan tentang perwatakan peribadinya. (I'm sure he's a very nice person in real life.) Dia membawa watak Tumulak macam tak endahkan jalan cerita mahupun nada filem, asyik mengunyah hiasan latar (i.e. chew scenery) dan syok sendiri dengan telatahnya. Ini bukan salah Shaheizy tapi salah pengarah yang sepatutnya mengawal semua aspek perfileman. Saya suka filem ini memberi peluang kepada pelakon wanita beraksi - barulah female empowerment - tapi tak berapa guna kalau Olla dan Yati lawan Tumulak tapi kalah. Satu-satunya pelakon yang saya boleh puji ialah Azad Jasmin yang benar-benar faham bagaimana nak melakonkan filem bergenre aksi komedi. Dialognya juga agak lucu, dan saya tak hairan jika dia yang mengimprovasikannya.

Saya juga agak suka dengan beberapa lokasi menarik yang menunjukkan sudut-sudut kotaraya KL yang seedy dan serbah-serbih. Tapi nilai produksi dan mutu teknikal filem ini masih jauh dari kesempurnaan. Masih ada syot yang tak fokus, sama seperti filem arahan Farid yang dulu, dan Farid masih belum memperbaikinya. Seperti kesemua filem MIG, kualiti bunyinya memang fail. Aku tak tau nape diorang suka sangat ngan Brian Ng selaku sound engineer, dia ni konpem teruk. Adegan aksinya pula boleh kata okey, kecuali satu babak kejar kaki dimana Farid tetiba nak tiru filem Crouching Tiger, Hidden Dragon dengan aksi wayar yang sungguh ketara. Jujur kata, semua babak aksinya membosankan, kerana semuanya tidak berhubungkait dengan plotnya. Siapa kejar siapa, siapa lawan siapa, siapa menang siapa kalah, semuanya tidak bererti.

Tapi audiens masa saya tengok filem ni tak kisah semua tu. Diorang suka. Shaheizy bukak mulut je, sumorang berdekah-dekah. Ai kenot brain dis. Ini bukan filem yang baik, mahupun filem yang layak memecah panggung. Dan ini bukan filem yang menonjolkan bakat Shaheizy dengan sebaik-baiknya. Saya cuma terasa lega apabila banyak rebiu-rebiu lain yang juga mengkritik jalan ceritanya, dan pendapat mereka lebih kurang sama dengan saya. (Cuma saya rasa pengulas lain semuanya mengkritik terlalu lembut. Kasi hentam lagi kaw laa!) Tapi kalau filem ini betul-betul berjaya mencecah kutipan RM10 juta, saya betul-betul akan givap dengan penonton filem tempatan. Filem tahap ini sajalah yang korang berhak dapat.

NEXT REVIEW: Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides
Expectations: reviews haven't been good, but I appreciate the series on a deeper level than you

6 comments:

mell said...

local filmmakers make gangster movies or illegal racing movies like this, and they blame Hollywood for influencing bad kids today

haish :/

fadz said...

tahniah kerana berani menonton sebuah filem mediocre :)

Ard Donivia said...

nice review collin, may i ask u what do u expect for the ending? and storyline?

Don

'ADANI said...

standard la MIG punya filem semua sampah....

Hady Abd Hamid said...

setuju sangat2...aku pon baru je lepas tengok cerita ni, thank god aku tak tengok kat panggung. tak tau lah kenapa, tapi skang aku dah mkin takut nak tgk movie melayu, tkt mengecewakan. apa-apa pun, produser David Teo tu pun patut dipersalahkan kerana asyik sangat bergantung kepada 'golden boy' Shaheizy Sam untuk dapat duit. Cuba contohi Gayatri Su-lin Pillai, semua cerita yang dia produce menarik dan unik. One more thing, kesian kat Azad sebab tak dapat credit untuk movie ni dek kerana David Teo bengang dia keluar MIG, padahal watak dia yang paling berkesan...hurm, well, it's all about the money...

Adrian said...

memanglah macam tu. Filem best seperti sepet tak erti ditonton. Hanya filem spt kl gaster, hantu,comedy murahan dipegang sampai langit. Kenapa setiap minggu asyik saja filem hantu baru. Tak erti nak tulis plot yg baru? kejadian yg sama pdfilem hk pd masa 70-an dan 80-an。,