3 segi, 2 lelaki, 1 <i>retard</i> ~ That Movie Blogger Fella

Monday, June 27, 2011

3 segi, 2 lelaki, 1 retard

3, 2, 1 Cinta
My rating:




Dari trailer and poster pun aku dah bengang dengan filem ni. Nisbah perempuan dengan lelaki ialah 37:1? Ini palsu sepalsu-palsunya. Jumlah penduduk perempuan dan lelaki di Malaysia adalah hampir sama je, dan sebenarnya lelaki ramai sket. (Dulu aku pernah dengar 9:1 la, 12:1 la - lagi membuktikan ia kelentong semata-mata.) Yang buat aku geram ialah, "factoid" ini sering digunakan sebagai justifikasi bagi lelaki yang sexist menganiaya kaum wanita, e.g. kes cerai, poligami, kahwin lari, ibu tunggal, dan lain-lain. Sebab diorang ingat banyak sangat perempuan, boleh pakaibuang dan cari yang baru. Dahlah filem Melayu sering dicemar gejala misoginisme, sekarang tengok filem ni pulak, aku dah sedia mengasah pisau menunggunya.

Okey, filem ni taklah misoginis sangat. Ia cuma filem yang bangang.

Sam (Diana Amir) seorang tomboy yang baru sahaja memasuki kolej baru. Dia menemui kawan lamanya Fariz (Pierre Andre), yang juga digelar "Ayam" kerana sudah empat kali mengulang kursusnya - dan Sam juga jatuh hati dengan Nazril (Farid Kamil), seorang pelajar yang merupakan jejaka idaman semua pelajar-pelajar perempuan di kolej. Hubungan Sam dengan keluarga tirinya juga dingin, walaupun ayah tiri (Mustapha Kamal) dan adik tiri bernama Mimi (Faith Zakie) sering cuba bermesra dengannya. Sam cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian Nazril, tapi segala usahanya gagal - namun lama kelamaan, Nazril dan Sam mula berkenalan dengan lebih rapat. Tapi dalam pada itu, Farizlah yang sudah lama jatuh cinta dengan Sam.

Kebetulannya, ini adalah filem keempat berturut-turut yang saya tontoni dimana jalan ceritanya mencantumkan dua atau lebih filem lain. 3, 2, 1 Cinta meng-ripoff-kan filem komedi cinta remaja 10 Things I Hate About You serta Pretty in Pink, dan saya yakin pengarang (atau pengarang-pengarang) skripnya cukup kenal dengan kedua-dua filem Hollywood tersebut. Malangnya, saya juga yakin bahawa pengarahnya Azhari Zain tak pernah dengar pun dua filem itu. Watak dua adik-beradik, satu tomboy satu bimbo, diambil dari 10 Things; kisah gadis yang minat seorang jock tapi dicintai kawannya yang nerd pula datang dari Pretty in Pink. Kedua-dua premis ini diceritakan dengan bijak, matang dan menyayat hati dalam filem-filem asalnya - tapi olahan oleh Tuan Pengarah Azhari disini langsung tiada ciri-ciri itu.

Si Sam ni, yang nama sebenarnya Siti Aishah Mohamad - dia ni heroine ke? Kita harus simpatetik terhadap dia ke? Cara dia cuba mengorat Nazril adalah seperti seorang stalker yang psikotik. Babak ini macam filem Fatal Attraction versi komedi; aku menantikan kemunculan arnab peliharaan Nazril yang bakal kena rebus. Sam ni, tak sedar sama sekali betapa malu dibuat dirinya; dia ni bukan tomboy, dia ni gadis yang mengalami gangguan mental dan emosi yang serius. Tambahan pula, dia ada ayah tiri dan adik tiri yang penyayang dan bersabar, tapi dia langsung tak hormat mereka. Lebih-lebih lagi Fariz, penjuru ketiga dalam cinta tigasegi ini. Dari mula lagi dia cintakan Sam, tapi Sam seorang je yang tak nampak. Protip: sebuah cerita dimana watak mengambil 90 minit untuk menyedari sesuatu yang sudah jelas kepada audiens, bukannya cerita yang berkesan.

Tapi yang menjengkelkan bukan watak Sam ini, sebenarnya ialah Azhari. Beliau mengarah cerita ini seolah-olah niatnya ialah untuk memperli dan menyindir gadis tomboy, sepertimana yang berlaku kepada Sam dalam adegan yang sungguh kejam dan sadis. (Dua adegan pulak tu.) Inilah sifat misoginis yang memang ada dalam filem ini, tapi saya tak pasti samada ia sengaja atau Azhari cuma seorang yang bengap tentang komedi. Nazril seorang yang baik hati; walaupun dia dikelilingi peminat perempuan, tapi dia pentingkan pelajaran serta amat menyayangi adik-adik angkatnya. Tapi babak yang menjelaskan backstory-nya tiba-tiba mendatangkan nada tragis yang janggal dalam cerita yang selama ini komedi ringan.

Sebenarnya saya agak suka dengan skripnya (hasil dari Panel MIG yang infamous; seburuk-buruk mereka menulis, adakala berjaya juga), kebanyakannya kerana watak-watak yang baik hati dan mudah disenangi. (Yakni sesiapa yang bukan Sam.) Ini yang sepatutnya ditekankan dalam cerita ini; saya nak watak Mimi yang pada luarannya bimbo tapi ambil berat tentang kakak tirinya dibangunkan lebih lagi. (Tambahan pula, Faith Zakie amat cun.) Saya tak nak mengkritik barisan pelakon yang semuanya berbakat, khususnya Farid Kamil yang selama ini saya tak minat, tapi kali ini dia berjaya membawa watak yang tak douchebag macam peranannya yang biasa. Jelas sekali Tuan Pengarah Azhari yang menyuruh mereka semua berlakon secara over dan menjengkelkan.

Saya syaki filem ini dipengaruhi anasir-anasir yang ingin menyampaikan mesej agar gadis muda dicegah dari menjadi tomboy. Sebab mesej inilah filem 3, 2, 1 Cinta rosak, kerana ia sepatutnya kisah lelaki yang cintakan seorang perempuan bagi dirinya yang sebenar. Kisah cinta ini tidak menjadi, dan mesej anti-tomboynya pun tak bergigi, menjadikannya sebuah filem yang gagal sama sekali. Azhari dan Panel MIG memang tak mampu nak bikin 10 Things I Hate About You atau Pretty in Pink versi Melayu, sebab mereka tidak mempunyai kemahiran, keprihatinan dan kesensitifan yang perlu.

NEXT REVIEW: Attack the Block
Expectations: looking forward to it

2 comments:

Nizam said...

I was waiting for a proper review for this film. Thank you.

zulfadhlimansor said...

aku rasa pengarah tu memang buat cerita utk menunjukkan aksi2 komedi bodo sbb percaya dgn penuh yakin yg itulah yg akan menyebabkan penonton ketawa...... sbb itulah banyak kita tengok aksi bangang-terencat akan bermaharajalela dlm felem2 melayu..... dan akhbar2 melayu pulak memang berminat utk jack abes2an felem2 melayu atas nama tolong melayu. and so goes the cycle of stupidity...