"Kisah cinta agung" kepala hotak engkau ~ That Movie Blogger Fella

Wednesday, December 21, 2011

"Kisah cinta agung" kepala hotak engkau

Ombak Rindu
My rating:




Sesebuah filem haruslah dinilai atas dasarnya sendiri. Ini sepatutnya menjadi Peraturan #1 buat pengulas filem, tapi bukan semua pengulas yang reti. Ramai reviu yang menunjukkan kedangkalan penulis mengecam filem yang diulas atas sebab ianya bukan filem yang ingin ditontonnya; e.g. dia tak suka filem aksi, jadi dia hentam filem aksi kerana banyak sangat babak aksi. Tetapi juga ada satu lagi Peraturan #1 buat pengulas filem: sesebuah filem haruslah dinilai berdasarkan pendapat sendiri yang jujur. Komen yang paling tak guna dalam ulasan filem ialah yang berbunyi "jika anda peminat filem sebegini, anda akan minat filem ini." Adalah mustahil jika penulis cuba meramal apa yang akan mendapat sambutan dari orang lain, macamlah "orang lain" ini mempunyai citarasa yang sama keseluruhannya. Suka atau tidak, mesti berani mengatakan suka atau tidak. Kedua-dua peraturan ini merupakan Peraturan #1, sebab tiada satu yang lebih penting dari yang satu lagi; dua-dua mesti diimbang dan dicari titik persamaan di antara mereka.

Tetapi adakalanya sukar - terutamanya bila sesebuah filem nyata dibikin dengan elok, tetapi mendatangkan reaksi mual dan marah.

Izzah (Maya Karin) seorang gadis kampung yang bekerja sebagai ustazah, berkawan dengan Mail (Bront Palarae) yang menaruh hati terhadapnya, dan tinggal bersama makciknya (Delimawati) yang sakit tenat dan pakciknya (Kamarool Yusof) yang kejam. Malangnya, Izzah dibawa oleh pakciknya ke kotaraya KL dan dijual kepada bapa ayam, lantas dirogol oleh seorang anak kaya bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz kemudian membeli Izzah dan menyimpannya sebagai perempuan simpanan dan hamba seks, tetapi mula jatuh hati dengannya lalu menikahkannya. Namun begitu, Hariz sudah bertunangkan seorang pelakon filem bernama Mila (Lisa Surihani), dan ibunya Dato' Sufiah (Azizah Mahzan) juga menggesanya supaya mengahwini Mila. Walaupun Izzah dilayan baik oleh Pak Dollah (Zaidi Omar) dan Mak Jah (Normah Damanhuri), pekerja keluarga Hariz, namun dia terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan kesengsaraan demi cintanya terhadap si perogol Hariz tu.

Masyallah. Inikah "kisah cinta agung" yang berjaya meraut lebih RM12 juta di box-office? Kisah cinta antara wanita yang lemah dan tidak berpewatakan dengan lelaki yang menderanya secara fizikal, emosional dan seksual? Filem ini menjual female submission fantasy, atau fantasi pengakuran wanita, kepada masyarakat dimana hampir 40% wanita menghadapi keganasan rumahtangga. Dan apakah mesej disebalik fantasi ini? Jika anda didera, diseksa dan dicabul kehormatan anda, baik diam saja? Hanya kerana laki kau hensem macam Aaron Aziz? Kau ingat makin kau biar diri kau didera, makin pendera kau akan jatuh cinta dengan kau? Kalau kau lawa macam Maya Karin mungkinlah, tapi kalau tak, mampuslah kau? Pasal filem ni, rosak segala usaha NGO seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan All Women's Action Society (AWAM) yang bertungkus lumus membantu dan memberi kaunseling kepada wanita mangsa penderaan suami.

Dan si Izzah ni abende? Heroine paling tak guna dalam sejarah perfileman Malaysia. Langsung tidak mengambil apa-apa tindakan aktif mahupun membuat apa-apa keputusan, hanya bereaksi kepada segala yang berlaku dalam cerita ini (dan reaksinya 90% ialah nangis). Tiada personaliti, tiada harga diri, tiada usaha untuk memperbaiki hidupnya dan tiada tanggungjawab keatas kebahagiaan dirinya sendiri. Biar orang lain jaga dia je, dan kalau orang tu kejam terhadap dia, harapkan tangisan je akan buat orang tu kasihankan dia. Macam ni nak jadi heroine? Siapa nak jatuh cinta dengan perempuan macam ni? Hanya lelaki yang egotis dan dominan macam Hariz, yang inginkan hamba bukan isteri. Lelaki yang benar-benar menghormati kaum wanita dan menganggap wanita sebagai sama taraf akan memilih perempuan yang bijak, berkemampuan dan berpendirian. Yang macam Izzah ni, memang tak layak nak hidup bahagia dalam dunia ini.

Sigh... sekali lagi sebuah filem yang buat aku berang masa mula-mula, makin lama makin buat aku hilang rasa marah itu. Sebab fantasi yang dihidangkan oleh arahan Osman Ali, serta skrip yang ditulisnya bersama Armantono (diadaptasikan dari novel Fauziah Ashari), dimasak dengan cukup sedap. Ini sebuah melodrama yang tak tahu malu ingin memeras airmata dari penonton, dan saya rasa ia digarap dengan baik. Sinematografinya efektif dalam menangkap alam sekitar pantai, sawah padi dan ladang teh yang indah dan romantis. Plotnya tak cincai dan bangang macam Lagenda Budak Setan (yang juga diskripkan oleh Armantono dan diarah oleh Sharad Sharan yang kini menjadi penerbit Ombak Rindu). Paling nyata ialah perubahan watak Hariz dari pendera yang keji kepada hero romantik penuh berperasaan yang mampu menggoyangkan lutut penonton wanita, dilakonkan dengan mantap oleh Aaron Aziz. Rupanya yang kendu gilababi sudah tentu membantu, tetapi beliau juga ada kemahiran disebalik kehensemannya. (Tak seperti Farid Kamil.)

Cerita melodrama mesti ada watak jahat, dan filem ini ada dua. Yang paling menyerlah ialah ibu Hariz yang dipersembahkan dengan penuh over-the-top oleh Azizah Mahzan. Seringkali saya dapati Osman sangat teruja menunjukkan betapa eeeevilnya watak Dato' Sufiah ini, sehingga mekap dan pencahayaan pun berganding dengan lakonan Azizah bagi menjayakan kejahatan yang amat menghiburkan. Watak jahat kedua ialah Mila tunang Hariz yang saya tak sangka sebenarnya bukan jahat sangat. Lakonan Lisa Surihani menggambarkan seorang gadis yang dimanja teruk, sehingga bila Hariz ingin putuskan tunangan, dia buat perangai macam budak kecil yang tak dapat mainan yang dia mahu. (Ramai yang kata lakonannya terlalu over, tapi saya rasa inilah sebenarnya watak yang paling sesuai dengan bakat Lisa.) Tetapi kemudian kita lihat Mila ini juga ada dalamnya, ada perasaan yang tidak diduga dan mampu menimbulkan rasa simpati. Malah, saya sanggup kata dialah watak yang pada akhirnya paling mulia dan berani dalam cerita ini.

Heroinenya pula bagaimana? Tetap tak guna. Saya juga kurang terkesan dengan lakonan Maya Karin; beliau seperti tidak tahu apa nak buat dengan watak yang begitu lemah dan pasif. Penonton pula, nak buat apa dengan heroine ini dan cerita ini? Saya berdoa agar mereka takkan jadikannya sebagai pedoman, atau jadikan Izzah sebagai contoh wanita solehah, sebab ya Allah tidak. Hakikatnya filem ini adalah sebuah fantasi yang memaniskan sesuatu yang amat pahit bagi beribu-ribu wanita dalam realiti. Inilah dilema yang TMBF hadapi bagi menulis rebiu ini; dari segi pembikinan ia cukup baik sebagai filem melodrama yang kuat melo-nya, tapi dari segi mesej dan pendirian ia amat durjana dan celaka. Jadi saya beri 2-½ bintang, rating yang berada ditengah-tengah skala ukuran. Saya dengar penerbit filem ini nak hantarnya ke Cannes Film Festival yang akan datang, dan saya tak sabar hendak membaca ulasan media asing yang pasti akan menghentamnya habis-habis. Sebab orang barat jauh lebih peka terhadap isu jantina dan feminisme dari orang Malaysia, yang jahil menganggap cerita ini sebuah "kisah cinta agung."

NEXT REVIEW: The Muppets
Expectations: do they have a lot of fans here?

26 comments:

PerangFilem said...

hehe.. we are in the same line

MadaM LaLa said...

tulisan besar sikit leh tak..kecik sakit mata nak baca..guguguugugu

Khairahimo said...

aha.. sbb itu la lgsg tak hingin pon tgk cte ni..
cerita yg jual perihal air mata wanita..
ending cite MI: ghost protocol lbh manis.. ^^

Unknown said...

You give some David Teo production shitty movie higher rating than Ombak Rindu & KL Gangster, it doesn't make sense....

I'm not David Teo or OR and KG fan btw, just an opinion

GTR said...

Baca novel die tak? aku tak baca, tapi ramai pembaca cakap, movie tu simple sangat. dua jam mana cukup. mcm HP la. ingat fan puas hati?

McGarmott said...

Oh well, one less Malay movie to watch then, no loss that :p

fadz said...

bang bang bang! hahahaha

but believe me, the novel is worst.. read it.

TMBF said...

@Sifha: Not all David Teo movies suck. Just as not all movies adapted from popular Malay novels are good.

Hananorima said...

baik tengok The Stoning of Soraya M. Baru betul Wanita...

ainishamsi said...

to be honest, masa keluar panggung aritu i was trying to comprehend the story....

so the love story started with... ermm.. sex?

if it's hollywood, maybe we can understand the culture, tp malaysia kot. org kat sebelah dok la nanges2, tp i was confused.. nak nanges ape nye? imajin if we were in her shoes, mau jugak aku buat laporan polis.. the writer merendahkan martabat perempuan, pasrah like apa2 jadi, 'tape, what to do.. terima je lah.'

aku rasa, kalau letak hero muka gatal n muka keji, kompem aaa ombak rindu ni tak de sape nak tgk. org marah lagi ada lah

mungkin laa, ada orang cakap, izzah berjaya ubah hariz disebabkan kejujuran izzah.. i dunnno, tp sampai ke hari ni aku cuba memahamkan rasional cerita ni.

and yes, mila adalah yg paling berani dlm cerita ni.

just my 2cents

finizaini said...

agreed with ur posting..i dh baca novel but xde keinginan nk pegi tngok muvie ni sbb min point is maya karin..perlu ke dia jd heroin..zman pontianak dh berlalu..rmai lg heroin..tp as usual kn,..osman ali pnye citer..heroin mesti maya karin

(nothingness) said...

a sickeningly chauvinistic movie completely degrading to women ... that grossed RM12millon, and loved by many malay women.

what does that say about our society?

cikpia said...

i read the novel tapi lansung tadak timbul intention to watch the movie............ dont know why. just not interested.

CikJa said...

I read the novel.. tp tak pergi pun tgk muvee.. bagi sy muvee dia terlalu melebih2... dlm novel.. Izzah takdelah asyik duduk bawah telunjuk hariz.. Dan hariz tak terus menerus mendera izzah.. she move on.. dia sambg blja. then keje dgn hariz.. so tak de sbb nk kata izzah kena pemderaan seks.. cuma penceritaa melalui filem ni yg melebih2

MAHSYUR said...

@CikJa tak tengok movie...tapi macam mana tau movie nya, melebih-lebih? okey je kalau kamu cerita pasal novel kat sini, sebb kamu dah baca. Tapi sampai tau bukan penderaan sex, penceritaan yg melebih2 semua ni..tanpa menonton? wow.

sue sury said...

I totally agree...i'm very curious when many people re talking about this movie..i'am watching this OR movie.. Flabbergasted!!.. nothing special..kena raped then cry, cry and cry... Zaman sekarang ada pulak lelaki yang mcm haris tuh.. kalau dh kena rogol, sah2 ditinggalkan mcm tu je... yes, maybe some people said, it's just a movie... but then, kalau movie yg x m'beri impak positive, what's the point... umph~~ renung2kn & selamat beramal... *just opinion!!

Cik Faliq said...

Dalam novel izzah masih muda baru habis spm budak kampung belajar pandai. Bila kena jual dan dihantar ke kl dia jadi clueless bingung dan takut. Dalam dia menjadi hamba hariz dia menunjukkan tanggungjawab sebagai isteri dan muslimah. Solat dan sediakan makan. Sehinggakan hariz yang ganas menjadi lembut hati dan mula berbaik dengan izzah. Masa dia mula berbaik dengan izzah ni lah yg izzah jatuh hati pada hariz. Bukan jatuh hati pada hariz yang mendera dia. Then pada masa yg sama dia apply masuk uni. Sebab dia ingin belajar. Ini menunjukkan sisi positif izzah sebab dia tahu sampai bila dia boleh kekal dengan hariz sebab taraf dia sebagai isteri tak diiktiraf. So izzah dalam novel, kita boleh nampak perkembangan watak dia. Dan ada banyak sifat positif dalam diri dia walaupun banyak benda buruk terjadi pada dia. Lagi satu kita kena tahu settting cerita ni tahun bila. Novel ni ditulis lama dah and masa tu kisah penderaan wanita masih hangat. Now dah banyak kesedaran sebab tu mcm tak releven bila izzah dibiarkan didera mcm tu saja. Sedangkan dia ada hp, boleh je nak lari dan lain lain.

Anonymous said...

@cik faliq

sangat setuju dgn awak. mmg setting masa novel ni dihasilkan dan saya sendiri membacanya, cerita ni dah lama.

malah, ada perkembangan dalam watak izzah, bukan setakat menangis, menangis dan terus menangis. sampai ada 2x sambungan novel ni. fikir2 je la.

as a novel should not be blamed based on the film..

hope sekarang korang faham, kenapa fauziah ashari sendiri tak puas hati dgn hasil akhir movie ombak rindu ni.. (:

cik milot said...

erm..kita x bley nak salahkan pelakonnya..
tu pengarahnya tue...hrus dpersalahkan..
but..kadang mungkin tue CAMERA TRICK..

cik milot said...

and i just want to say that..
aku suke aaron aziz berlakon dlm citer kl gangster..tapi dalam citer ni..
agak kurang..
sorry ya..

TMBF said...

@Cik Faliq: I fail to find that any more impressive in the novel than in the movie. Tetap sebuah cerita dimana perempuan akur kepada lelaki dianggap sebagai "tabah" dan "solehah", dan seorang pendera dan perogol diberi ganjaran seorang isteri yang patuh dan lawa.

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

aku tak berkesempatan tgk OR di panggung. novel pulak, pernah baca sekali dan dah kabur dgn jln ceritanya, sbb dah lama sgt kot. thanks pd yg sudi recall OR novel.

baru semlm subcribe OR di astro 1st dan tgk berulang kali (dah 3x rasanya ni), sampailah terdetik nak search review psl cerita ni di internet, dan jumpa blog ni.

seperti komen2 yg terdahulu, saya setuju & kecewa dgn watak Izzah yg terlalu lemah dari awal hingga hujungnya, bila sedih menangis, balik kg. berserah ala pasrah. mmg tepat sgt. takda semangat juang!

saya juga setuju yg watak Mila & Mail sbnrnya menunjukkan pengajaran yg baik. Tak sangka Mila yg antagonis masih boleh beralah secara baik, tanpa ada taktik kotor lain utk dptkan Hariz. dan, dia berjaya dlm kariernya!

Mail pulak, watak yg sarat dgn emosi dalaman, dia jujur bgtahu Izzah isi hatinya, setia menunggu Izzah, kemudian dengan berani bertanyakan status Izzah dan menghormati status itu, dan Mail move on sekurang2nya! jumpa seha!

Hariz, kau handsome dan dapat semua apa yg kau nak walaupun diri tak sehebat mana, cuma sedikit sentap sebab di akhirnya kau bukan anak kandung Datuk Sufiah, tu saja.

Izzah, cuma wanita baik tapi teraniaya yg tak betah berbuat apa2, melainkan tunduk pada suaminya. tak nampak usaha, tak nmpk daya. u weak Izzah :(

last but not least, saya tak pasti part mana yang sedih sgt dgn OR movie ni. tahap genang air mata pun belum sampai, dek kerana geram dgn watak Izzah yang, too weak!

Nur Illya said...

Watched OR and in my opinion the song was intriguing. Mungkin itu salah satu daya penarik penonton beratur panjang di panggung wayang selain Aaron Aziz. Maya Karin, muka pan-Asian kening cukur macam tu jadi minah kampung?

Bila nak review Songlap? Come on, give us your words of wisdom.

pretender said...
This comment has been removed by the author.
Anak Mama said...

Benar, menonton cerita OR ini menyebabkan saya merasa sangat marah. Bodoh sangatkah wanita Melayu, terhegeh-hegeh menagih cinta, merayu-rayu seorang jantan keji yang merogol dan membelinya, memaki hamun dan langsung tiada perasaan hormat kepadanya?

Seems to me this is the classic rape fantasy made respectable and palatable to tudung chicks because "..sob sob, encik, encik kahwinla saya.. sob sob". Dah kahwin, so bukanlah rogol lagi namanya. Everything goes, babeh. More sobs, more asshole behaviour, even more tears, then they literally sail off into the horizon, happily ever after.

What a load of BS. 2 jam terbazir menonton cerita ni.

Lord Mark said...

Are you tired of being human, having talented brain turning to a vampire in a good posture in ten minutes, Do you want to have power and influence over others, To be charming and desirable, To have wealth, health, without delaying in a good human posture and becoming an immortal? If yes, these your chance. It's a world of vampire where life get easier,We have made so many persons vampires and have turned them rich, You will assured long life and prosperity, You shall be made to be very sensitive to mental alertness, Stronger and also very fast, You will not be restricted to walking at night only even at the very middle of broad day light you will be made to walk, This is an opportunity to have the human vampire virus to perform in a good posture. If you are interested contact us on Vampirelord7878@gmail.com