Kegelapan yang mampu menyinari dunia filem tempatan ~ That Movie Blogger Fella

Tuesday, January 10, 2012

Kegelapan yang mampu menyinari dunia filem tempatan

Songlap
My rating:




Cuba tengok trailer untuk filem ini. Adakah ia trailer yang hebat atau trailer yang sungguh hebat? Dengan halus ia menyampaikan segala yang perlu kita tahu tentang filem Songlap: watak utama dua adik-beradik, dunia gelap dimana mereka hidup, pekerjaan haram yang mereka lakukan, beza antara perwatakan mereka berdua yang merenggangkan hubungan mereka, dan watak ketiga yang mendatangkan dilema moral yang dihadapi oleh kedua-dua watak utama. Malah kita difahamkan juga, filem ini ada dialog yang bersahaja, adegan aksi yang mencemaskan, babak lucu yang halus, dan semuanya diiringi lagu "Gila Judi" nyanyian M. Daud Kilau yang bernada sinis. Semua ini dalam 1 minit 40 saat. (Gambarnya cantik tajam HD-quality pulak tu.) Tapi setelah menonton filem ini, saya terpaksa mengaku rasa kecewa atas satu perkara.

Mutu gambarnya tak tajam macam dalam trailer. Yang lainnya semuanya hebat dan sungguh hebat.

Ad (Syafie Naswip) dan Am (Shaheizy Sam) adalah dua adik-beradik yang terlibat dalam sindiket penjualan bayi dan perdagangan manusia, yang dikerjakan oleh Abang Mat (Hasnul Rahmat) dan diketuai oleh seorang perempuan yang dikenali sebagai Mama (Eliza Wong). Am puas mencari makan dari kegiatan haram dan berjudi, tapi adiknya Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik. Ad menaruh harapan keatas satu pertandingan tarian B-boy, impian yang dikongsinya dengan rakan karibnya Razak (Izzue Islam) - tetapi selepas Razak meninggal dunia akibat mengambil dadah berlebihan, Ad mula mengunjung seorang pelacur tua (Normah Damanhuri) untuk meluahkan perasaan. Sementara itu, seorang gadis bernama Hawa (Sara Ali) yang sarat mengandung melarikan diri dari rumah, lalu terjebak kedalam sindiket penjualan bayi yang menjaganya sehingga dia beranak. Apabila Ad mendapat tahu Hawa adalah adik Razak, Ad membuat keputusan melarikan Hawa dari cengkaman sindiket itu - keputusan yang mengakibatkan Keong (Berg Lee), enforcer yang ganas, memburu mereka. Disamping itu, Hawa juga diburu oleh bapanya (Omar Abdullah) yang kejam dan pendera.

Dah lama saya menunggu filem sebegini. Hampir kesemua filem tempatan adalah jenis hiburan ringan; ini termasuk filem aksi "serius" macam KL Gangster, filem melodrama tearjerker macam Ombak Rindu, mahupun filem epik sejarah "epik" macam Hikayat Merong Mahawangsa. Semuanya hanya menawarkan kenikmatan satu lapis; bila kita tengok kita rasa terkesan, samada gelak ketawa, gentar atau terharu. Tapi bila dah tamat, kesannya pun tamat. Kita tidak diundang berfikir - dan kalau fikir balik pun, tiada apa-apa makna baru yang dapat dicari. Jujur kata, tak salah ada filem sebegini mahupun menonton filem sebegini. TMBF pun boleh menikmati hiburan ringan jika ia dibuat dengan baik. Tapi kalau nak dunia filem tempatan membangun - dan kalau kita nak jadi penonton filem yang arif dan matang - mesti ada juga filem yang lebih berat. Daging memang sedap, tapi takkan hari-hari makan daging saja sampai sayur-sayuran tak pernah jamah? Tak sihat macam tu. Inilah filem yang ibarat hidangan sayur-sayuran - berkhasiat, baik untuk anda, dan tak kurang sedapnya dari daging.

Jangan salah faham. Ini bukan filem seni yang susah dihayati macam At the End of Daybreak (ataupun macam ... Dalam Botol, filem tempatan yang sama berat dan dalamnya, tetapi lain sekali genrenya). Ini filem drama jenayah yang biasa dilihat dalam arus perdana filem Barat, macam American Gangster atau Carlito's Way, dan sudah tiba masa kita ada filem tempatan sebegini. Penceritaannya halus dan sarat dengan makna, yang tidak susah difahami jika anda menontonnya dengan memasang otak. Babak dimana Abang Mat memarahi seorang kerana menampar muka gadis yang bakal dijualnya - "Bodoh! Muka ko jangan sentuh!" - adalah antara contoh bagaimana filem ini menyirat makna kedalam ceritanya. Jika wajah gadis ini kini menjadi sesuatu yang berharga, nasib apa yang bakal menemuinya kalau bukan pelacuran? Tapi perkataan ini tak pernah disebut sekali pun; cuma ia boleh disingkap oleh penonton yang bijak. Tiada sebarang baris dialog on the nose yang bertujuan semata-mata untuk menjelaskan perkara kepada audiens. Segala-galanya realistik mengikut watak yang dicipta dan dunia yang didiami oleh mereka.

Inilah gaya penceritaan yang harus ada dalam filem yang matang dan canggih. Songlap penuh dengan babak-babak begini - tetapi mari saya huraikan sesuatu yang mungkin tidak begitu jelas. Tahukah apa beza diantara Ad dan Am yang paling pokok? Bukan sekadar seorang baik dan seorang lagi tamakkan duit; itu hanya permukaan. Ad ada kawan karib iaitu Razak; Am tak pernah bermesra dengan sesiapa meskipun adiknya sendiri. Ad mahu berjumpa dengan ibu mereka tetapi Am tidak; kita sedar Am mungkin membenci ibunya kerana pernah didera semasa kecil (dalam sebuah adegan lagi yang menampakkan penceritaan yang halus), tapi tentu Ad pun pernah mengalami penderaan. Rujuk adegan dimana Ad berada di kelab tarian, berlaku perkelahian kecil antara dua penari yang ditenangkan oleh ahli-ahli kelab lain dengan kata "We fam! We fam!" - lalu Ad tersenyum lebar menyaksikan peristiwa ini. Inilah beza diantara kedua-dua adik-beradik ini: Am seorang penyendiri, manakala Ad dahagakan hubungan sesama manusia. Beza inilah yang menggerak segala langkah mereka dalam cerita ini.

Hakikatnya ini sebuah cerita yang gelap. Sindiket penjualan bayi ini melibatkan seorang doktor dan jururawat yang kelihatan segak dan profesional - malah doktor itu pada luarannya baik hati - tetapi kedua-duanya korup sama sekali. Malah Mama, ketua sindiket itu, dimainkan oleh Eliza Wong, pelakon Cina yang berwajah manis dan pernah saya lihat berlakon dalam iklan serbuk pencuci sebagai suri rumah Cina biasa. Namun Mama ni zalim sezalim-zalimnya, menperdagangkan manusia dan mengarahkan pembunuhan kejam sesiapa yang mengingkarinya. Kegelapan filem ini juga sesuatu yang amat berani dan berlainan dari filem-filem Melayu lain; ia berani mengatakan bahawa dunia bukan hitam putih, baik dan jahat tidak mengenal rupa, dan didalam setiap insan ada yang bersih dan yang kotor. Ia faham bahawa takdir seseorang terletak pada jalan yang mereka pilih. Dan ia berani mengatakan bahawa dalam dunia sebenar, tiada sebarang apa happy ending; ini mendatangkan saspens yang cukup berkesan ketika menanti-nanti bagaimana kesudahannya bagi Ad, Am dan Hawa. Boleh saya kata kesudahannya bukan sesuatu yang anda akan jangka.

Adakah ianya sebuah filem yang sempurna? Sudah tentu tidak; penataan bunyi masih ada yang kurang elok, terutama semasa babak pergaduhan. Lakonan dari semua pelakon cukup memuaskan, tetapi pelakon-pelakon utama iaitu Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali masih belum sempat menunjukkan persembahan yang benar-benar mencapai tahap keagungan. Dan ia ada satu dua babak ganas yang saya rasa tak cukup ganas; filem jenayah Barat macam Goodfellas dan Scarface tak segan nak tunjuk pertumpahan darah, sebab begitulah realiti dunia jenayah. (Satu lagi ialah poster tu; boleh diperbaiki wei.) Namun saya rasa inilah filem tempatan terbaik yang pernah saya lihat dalam hampir 3 tahun saya mengulas filem tempatan; lebih baik dari mana-mana filem tempatan yang saya beri rating 4 bintang, malah hampir membuat saya memberinya 4-½ bintang. Ia sempurna dari segi segala yang disasarkan oleh pengarah dan penulisnya, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Izahak, berjaya dicapai. Ini sebuah filem yang saya sedia puji kepada sesiapa yang berpendapat semua filem Melayu bangang dan buruk - malah saya berharap saudara Effendee dan saudari Fariza akan menghantarnya ke festival filem luar negara. Ini sebuah filem yang mampu mengharumkan nama negara kita.

NEXT REVIEW: Sherlock Holmes: A Game of Shadows
Expectations: I liked the first, but can hardly remember a thing about it now

12 comments:

mafilee said...

This is the first time i can read ur full review without miss any single word and easily understand....

Good review for this movie..make me anticipated to watch this movie later..tq

NASEER NASA said...

aku setuju ngn review ni 100%.. tp sedih...byk2 org yg tgk muvi ni,lps aku ty,sume kta x best... xphm btul aku... diorg lg prefer tgk citer gelak2...mcm 'bini2ku gengster gitu kot... citer ni bg aku sgt menarik da sarat ngn mesej...disampaikan dgn cara tersirat dan menguji IQ penonton utk phm..in short,kne berpikir laa... harap ade lg muvi mcm ni ditayangkan... p/s sam mmg hebat time scene 'die kne dera ngn mak tu..' terbaikk!

NASEER NASA said...

FYI ... berpinar mata haku bca review ni smpai abeh...hahahaha

Cint said...

Ok ini cool..songlap ni filem yang jarang nak jumpa. Bagus. Tapi sakit mata baca review ni wei.. Separa juling

hzrhkamal said...
This comment has been removed by the author.
gaik said...

I agree with you about most of your points regarding Songlap. Great direction, gritty, realistic and subtle enough in tackling some really sensitive social issues in a delicate manner (without shying away). Tapi, I think the weakest link for me are not the two main leads but Sara Ali. I felt as is she was playing zombie in a wrong movie. And the other thing that I found unconvincing was her sudden change of heart towards the baby. It is realistic (if you read the literature on breast feeding) for someone who has suffered from sexual trauma to refuse to breastfeed or be unable to do so (as it triggers the trauma). So her initial reaction towards the baby is justified. BUt for her to make the decision to hold the baby, right after we'd seen her raise the pillow ... just doesn't make sense. All up, a fabulous film. I certainly recommend it.

geboo said...

citer melayu yg blh dibanggakan... syabas!

son of the land said...

I brought a friend who never watched a malay movie before to see this with me, and he liked it.
I like it as well. Very much. I really like that it doesn't have on-the-nose dialogue and typical malay drama movie cliches.
Too bad the average people don't like it and prefer movies that dumb them down, rather than movies that make them 'feel'.

Unknown said...

setuju poster itu jinak sangat. not compellin, no pull. awesome movie, though.

fadz said...

review ni review paling "kerajaan" yang pernah saya baca daripada TMBF, hahaha ...:

1. hantar festival filem luar
2. mengharumkan negara kita

apa2pun, Great Job!

Johan said...

Good review. Have a look at my review of Songlap at www.buanaseni.blogspot.com

tere said...

Sekarang aku dah faham kenapa bila tanya sesetengah beruk cakap SONGLAP tak best…

Lupa pulak beruk2 ni la yang gelak terguling2 bila tgk filem2 bangang KONGSI, meroyan tgk OMBAK RINDU.

Salah tanya orang

Woi, aku eksaited tak boleh dok diam lepaih tgk Songlap ni. Dah jadi habit dok google sana sini lepas tgk movie.

Masih ada harapan rupanya local film industry.

Next yang ditunggu2 ialah BUNOHAN.