Ini sebuah filem yang ngam ~ That Movie Blogger Fella

Monday, December 13, 2010

Ini sebuah filem yang ngam

Ngangkung
My rating:




Betul ke filem Ngangkung ini telah mengutip lebih RM10 juta? Ini dah rekod baru ni, mengalahkan Adnan Sempit yang rekod lamanya RM7.66 juta yang dicatatkan tak lebih setahun lalu. Fuh, rancak jugak industri filem tempatan kita baru-baru ni - walaupun kebanyakan filem-filem tempatan masih macam taik. Tapi janganlah kita terburu-buru nak dengki dengan kejayaan orang lain. Kita tonton filem ini dahulu, nilai dengan adil dan saksama, dan ulas dengan bernas dan teliti. Kalau ia teruk, baru kita dengki.

Tak dengki pun. Filem ni memang best. Unexpected gilerrr!

Azim (Shaheizy Sam), Tasnim (Azad Jazmin) and Wan (Angah Raja Lawak) are three friends, amongst whom Tasnim and his wife Midah (Putri Mardiana) are the most well-to-do - whereas Azim is a lowly lorry driver, barely making ends meet for his wife Suri (Eira Syazira) and daughter Wahida (Farisya Fatin). Thus he is tempted to follow his friends in their practice of "ngangkung", i.e. seeking winning lottery numbers from ghosts and spirits, through the medium of the bomoh Pendeta (Mazlan Pet Pet). Tasnim and Midah are trying to have a baby, and the kindly Dr. Atha (Azlee Jaafar) announces that Midah is indeed pregnant - but their happiness is short-lived when a "mambang tanah" (Tasha) begins to haunt Tasnim. Whereas for Azim, ngangkung starts to become a dangerous obsession.

Apakah kebetulan Shaheizy Sam ialah pelakon utama bagi filem ini serta Adnan Sempit yang juga pecah panggung awal tahun? Memang bukan kebetulan; bintang Shaheizy makin meninggi sejak kejayaan filem tersebut, dan banyak kipas susah matinya yang beriya-iya nak tengok filem terbarunya. Dia antara pelakon tanahair yang paling berbakat sekarang, dan setiap watak yang dibawanya memang berlainan - tapi saya rasa bukan dia yang patut diberi pujian atas kejayaan filem ini. Pengarah dan pengarang lakon layar, Ismail "Bob" Hasim, telah menghasilkan sebuah cerita yang hampir saya boleh kata miraculous - filem ini mempunyai jalan cerita serta teknik penceritaan yang baik sehingga mengajaibkan.

Ini adalah sebuah filem yang berakal. Bukan bermaksud ceritanya rumit macam Inception, yang kena guna akal untuk difahami; bermaksud ia mempunyai pengarah yang menggarapkannya dengan menggunakan akal. Tiada watak yang bangang atau one-dimensional; kita lihat ketiga-tiga Azim, Tasnim dan Wan ialah suami yang penyayang, walaupun pada dasarnya Tasnim ialah villain dalam kisah ni dan Wan ialah comic relief. Dr. Atha juga seorang yang terpuji, seperti yang dilihat dalam adegan dimana dia cuba menggera seorang gadis (lakonan cameo Yana Samsudin) dari menggugur kandungannya. Babak ni sengau lawaknya, tapi ia berjaya membina watak doktor ini yang cerdik dan mulia. Ya betul! Skrip ini, can make even Angah Raja Lawak and Azlee Senario look good!

Semasa menonton filem Melayu, dah jadi kebiasaan saya untuk expect the worst. Tapi setiap benda buruk yang di-expect-kan tak muncul. Hubungan rumahtangga Suri dan Azim dibina dengan mendalam dan realistik; isteri selalu mengadu, suami asyik mendiam, tapi suami amat sayangkan anak. Apa yang saya takutkan ialah Suri dijadikan watak yang keji, dimana leterannyalah yang mendesak Azim memilih jalan hitam. Ini tidak berlaku; malah, Suri muncul sebagai watak paling simpatetik dalam cerita ini. Midah, isteri Tasnim, juga tidak dipersalahkan, dan filem ini berjaya mengelak sifat misoginis yang sering mencemar filem Melayu. Apa yang ketara ialah, setiap hubungan watak menunjukkan kasih sayang yang sebenar dan sejati - Azim dan Suri, Azim dan anaknya Wahida, Tasnim dan Midah, malah Wan dan isterinya yang hanya muncul sekejap. Ini baru sedap ditonton!

Tapi filem ini ada satu kekurangan besar dari segi pacing. Selama ia berlanjutan, walaupun saya seronok menontonnya saya mula terasa bosan. Saya tertanya-tanya, bila citer nie nak mula? Filem yang berkesan perlu mengemukakan sebuah masalah dramatik dari awal-awal, supaya penonton teruja melihat wataknya cuba menyelesaikan masalah itu. Tapi Azim hanya mula mengobses tentang amalan ngangkung selepas hampir setengah filem dah berlalu. Subplot Tasnim juga, tak pasti kemana ia menuju; setiap kali mambang tanah itu muncul, dia takut, lepas tu dah macam tak endah je. Tiada dramatic tension, tiada rasa ingin tahu apa yang berlaku seterusnya. Satu lagi kelemahannya ialah masa klimaks, dimana segala setup yang tersedia akhirnya dimakbulkan dengan payoff - dan diulang semula dalam flashback bagi mereka yang mudah lupa. Alahai. Yakinlah sket dengan kecerdikan penonton kita ni.

Bagaimana persembahan "the Heath Ledger of Malaysia" kita ni, Shaheizy Sam? (Eh honestly, simpanlah gelaran tu. Dia memang hebat, tapi tak payahlah over glemer sangat.) Malangnya, kali ni dia kurang menyerlah. Raut mukanya macam terpaku dengan satu ekspresi, dan suara garaunya dibuat-buat. Mungkin inilah pilihan Shaheizy untuk menghidupkan watak Azim yang pendiam dan rendah hati, tapi tak natural-lah. Namun lakonannya tetap berkesan, terutamanya semasa big emotional moment-nya di pengakhiran yang membuat mata saya terasa pedih sikit. (Sikiiiit je.) Azad Jazmin juga okey; sebenarnya dia juga pelakon utama di samping Shaheizy, kerana screentime untuk wataknya sama dengan watak Shaheizy. Mungkin filem ini dibikin sebelum kejayaan Adnan Sempit kot.

Dan sebenarnya, filem ini taklah seram sangat; adegan mengejutnya hanya untuk suka-suka, dan akhirnya hantu dan jembalangnya menjadi bahan ketawa. Tapi segala unsur seram, komedi dan drama semuanya berkesan - jauh lebih berkesan daripada filem Melayu yang biasa. Malahan ia juga menyelitkan ajaran keagamaan di babak akhir, tapi ia dibuat dengan halus dan tidak berkhutbah. Ini memang ajaib! Disebabkan jalan ceritanya yang kurang berkesan, saya ada terfikir nak bagi rating 3 bintang - tapi oleh kerana ia mengandungi pembetulan dari setiap kesalahan yang kerap muncul dalam filem Melayu, saya rasa ia patut mendapat 3-½ bintang. Ya, setanding dengan filem The Next Three Days wei, jangan main-main!

Tapi toksahlah nak panggil Ismail Hasim "the Paul Haggis of Malaysia". Ini baru filem arahannya yang pertama, namun ianya sebuah debiu yang sungguh mengasyikkan. Saya rasa janggal sikit menulis ulasan ini; saya selalu menggunakan bahasa Melayu untuk mencaci dan memaki filem tempatan yang teruk, tetiba ada sebuah filem yang layak diberi pujian pula. Tak biasa siut! Tapi diharap ini bukan kali terakhir. Syabas kepada Bob Hasim, dan tahniah atas kejayaan RM10 juta filem anda. Bikinlah banyak lagi filem, dan tunjuk ajar sikit dengan si talentless hack Ahmad Idham tu.

NEXT REVIEW: The Social Network
Expectations: finally!

8 comments:

Anonymous said...

bahasa melayu yang baik. heck, lebih baik daripada buku teks bahasa malaysia tingaktan lima. =P. you should do this often.
keep on writing.

Ares Bahar said...

Rebiu kau menyebabkan aku rasa nak tengok pulak cerita tu, harap-harap ada main lagi kat panggung...hurm

Anonymous said...

You have no idea how long I've waited for this (your reviews never fail to make me smile, especially when it comes to kutuk2 part hahah). Being one of the aforementioned kipas susah mati, I give most credits to Shaheizy Sam's performance (and surprisingly, to all other actors too, they were top-notch ~ except Wan's wife, her acting is terrible). On the other hand, I thought the storyline has some loopholes, especially the ending which is kinda anti-climax. I was thinking to blame it on Tuan Pengarah, but I know he must be credited for such an all-around successful movie, especially when it is his idea to 'dress' Sam with such a character (weird voice and weird memek muka). That was brilliant lah!

I hope you will review Hantu Kak Limah! These are the two Malay movies currently being compared back-to-back.

Btw your bahasa is superb! I equally look forward to your English and Malay reviews, they are awesome! Except for this tiny bit, the 'mentang-mentang' there is not correct. I don't know the English equivalent, but it should be used like this: 'Mentang-mentang dia sudah buat 20 filem, dia ingat dia layak dapat anugerah pengarah terbaik!'. Haha, kutuk, jangan tak kutuk. Love your review man ^^.

@Ares Bahar: They must still showing it, heck I only managed to get front seats last weekend! Gila la tokey panggung nak stop screening filem yang continuously full house sakan!

TMBF said...

@petomjl: Hmm, you're right. Okay, I've changed it. By the way, I don't think it was the Tuan Pengarah's idea for Shaheizy to act that way; these decisions are usually made by the actor. And yes, I will be reviewing Hantu Kak Limah Balik Rumah, but only after a few other movies. :)

Anonymous said...

@TMBF: Based on this this article, it seems that Shaheizy Sam just executes the character ~ but I guess credits go to them both then ^^.

Btw I note an interesting fact that Bob Hashim has been a Penolong Pengarah for 98% of Ahmad Idham's movies! Now is this a case of successful mentoring or..... heheh.

fadz said...

wah, u really like this one huh? i felt Adnan Semp-It is still one of MIG's finest in terms of comedy (filem ni pecah tiga genre, tapi komedi tampak lebih menyerlah), and i didnt like the "jump to" melodrama scene in the end though it's ok..

apa2pun, sinematografinya masih boleh diubah sebab kebanyakannya lebih menjurus kepada drama tv .. runut bunyinya masih hancur (most MIGs are, but its likeable for the typical masses), dan efek suaranya masih terlalu.

For me, Hantu Kak Limah has a superior understanding of sound and music editing, and it works soo well with the image.

TMBF said...

@petomjl: I stand corrected then. But again, I don't think the performance was very successful.

@fadz: Yes, ciri-ciri teknikalnya masih kureng, macam semua filem-filem MIG. But I've always been more interested in story than any other aspect.

Mek Jar said...

Great review. Will be following yr blog from now on. Teruskan usaha baik anda :-)