Sini ada filem yang best ~ That Movie Blogger Fella

Tuesday, February 15, 2011

Sini ada filem yang best

Sini Ada Hantu
My rating:




Industri filem tempatan kita dah makin rancak, kan? Buktinya ada didalam kutipan filem Ngangkung (RM8.18 juta) dan Khurafat (baru cecah RM8 juta) serta filem bahasa Cina Great Day (cecah RM5 juta). Tapi bukti yang lebih menyerlah ialah, blog TMBF kian meningkat hits-nya wei! Selalunya post saya yang paling popular ialah rebiu filem Melayu, terutamanya yang saya tulis dalam bahasa Melayu. Kalau saya tulis dalam bahasa Inggeris, tak banyak sangat hits - tapi kangkadang saya tulis jugak ulasan filem Melayu dalam BI, bagi menarik perhatian pembaca yang biasanya tak pergi tengok filem tempatan.

Tapi untuk rebiu Sini Ada Hantu, saya tulis dalam BM. Sebab saya nak sumorang yang layan Ngangkung dan Khurafat untuk pecahpanggungkan filem ini jugak.

Ah Meng (Alvin Wong) dan Bakri (Baki Zainal) adalah dua pemandu yang diberi tugasan saat terakhir oleh penyelia mereka (Ramasundram) untuk membawa van ke sebuah pekan terpencil. Bagi mengisi masa, mereka bertukar-tukar cerita seram, bermula dengan Bakri: Hantu Pokok Pisang mengisahkan seorang pemuda kampung bernama Zam (Sufian Mohamed) yang menaruh hati pada Noraini (Eira Syazira), walaupun Noraini adalah kekasih Farid (Beto Kushairy) - dan untuk memenangi hati Noraini, Zam sanggup menggunakan kuasa ghaib. Ah Meng kemudian membalas dengan cerita Hantu Nombor Ekor, mengenai John (Pete Teo) yang berhutang keliling pinggang serta ketiga-tiga kawannya (Chen Puie Heng, Chen Puie Kong, Wong Chee Hong) memuja roh untuk meminta nombor ekor, ikutan petua yang diberikan oleh seorang pakcik tua (Patrick Teoh). Cerita ketiga ialah Hantu Asrama, mengisahkan seorang pelajar bernama Yakob (Mohd Qhaud Abd Rashid) yang baru bertukar ke sebuah sekolah berasrama penuh, dimana rakan-rakannya (Taiyuddin Bakar, Chomatt Samad, Amerul Affendi) semua takutkan hantu tentera Jepun yang pernah berkawat disana semasa Perang Dunia Kedua. Dan oleh kerana muatan van mereka ialah sebuah keranda, perjalanan Ah Meng dan Bakri juga pasti akan ditimpa peristiwa.

Ya, ini filem antologi, yang mana strukturnya sering terasa tak berhubungan dan susah hendak dinilai secara menyeluruh. Ya, ini filem komedi seram, sebuah genre yang dah basi sampai macam takde cerita lain untuk difilemkan. Namun filem Sini Ada Hantu tampak membuktikan tiga perkara: 1) Genre yang basi pun boleh disegarkan dengan garapan dan olahan yang elok, kerana inilah faktor yang paling penting malah lebih penting daripada idea, premis atau tema, 2) Artis yang baru dan tak berapa dikenali seringkali jauh lebih berbakat dari muka dan nama yang kononnya fofular sesangat (*batukAhmadIdhamFaridKamilbatuk*), 3) Penonton filem tempatan - yakni orang tempatan yang menonton filem mahupun penonton yang gemar filem tempatan - sudah sedia menerima filem yang memaparkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, berbilang budaya dan berbilang bahasa.

Ini sebuah filem yang berani. Berani dari banyak segi, tapi yang paling berani ialah membikin salah satu segmennya dengan watak Cina yang berbahasa Cina sepenuhnya. Sungguh tak sangka saya akan melihat benda sebegini dalam filem yang pada luarannya filem Melayu, dan saya rasa para penonton dalam panggung saya - yang hampir semuanya orang Melayu - pun tak sangka. Namun saya rasa eksperimen ini cukup berjaya; penonton-penonton dapat mengikut cerita ini walaupun kena baca sarikata BM. Kejayaan ini dibantu oleh dua perkara, pertamanya ialah segmen pertama merupakan cerita hantu Melayu yang biasa dilihat, se-genre dengan Ngangkung, Khurafat dan lain-lain. Keduanya ialah watak Ah Meng lakonan Alvin Wong, watak yang kelakar dan mudah disukai membuat kita ingin dengar apa yang dia nak ceritakan.

Sebab ini juga sebuah filem yang kelakar. Dalam Ngangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, walaupun saya suka kedua-duanya tapi saya paling lebih tersenyum je dengan lawaknya. Dalam filem ini, saya LOL terbahak-bahak ketika adegan klimaktiknya. Wong dan Baki Zainal adalah dua pelakon comedian yang cukup hebat bakat mereka. Komedinya terhasil daripada perbandingan antara budaya dan kepercayaan kaum Melayu dan Cina, yang dilihatkan dalam debat Ah Meng dan Bakri mengenai beza antara hantu Melayu dan hantu Cina. Kesimpulannya? Hantu Melayu boleh pegang, hantu Cina tak boleh. Kan sedap ada filem macam ni? Dimana beza antara kaum di negara kita boleh diutarakan dengan cara yang menggembirakan kita semua?

Segmen ketiga pula mengetengahkan hantu "antarabangsa", dan jika pengarah dan penulis skrip James Lee bertujuan melanjutkan poinnya tentang bangsa dan budaya dengan cerita ini, saya tak berapa faham lah. Saya hanya tahu segmen ini juga mencuit hati, dengan dialognya yang bersahaja dengan remaja pelajar sekolah asrama. Cuma ceritanya agak nipis berbanding dengan segmen-segmen lain, dimana watak-wataknya tidak berhubungkait dengan hantu yang mengancam mereka. Jika hendak mengatakan kelemahan filem ini yang lain, unsur humornya juga tak berapa konsisten; segmen pertama dan kedua bernada serius, dan mungkin ini akan menguji kesabaran penonton yang jelas lebih seronok mengikut perjalanan Ah Meng dan Bakri.

Tapi segala-gala dibikin dengan penceritaan yang elok dan teliti. Fikiran rambang: segmen Hantu Pokok Pisang cukup berlapis, dimana watak yang simpatetik memilih jalan hitam dan watak antagonis pula menjadi mangsa. Lakonan Pete Teo juga menjadi, memainkan watak yang langsung tiada rasa sesal atas perbuatannya walau betapa keji. Korang perasan tak setiap segmen menunjukkan hantunya dengan paparan yang berbeza? Hantu Pokok Pisang hantu mekap hodoh, Hantu Nombor Ekor hantu ngeri, dan Hantu Asrama hantu efek khas separuh jelma. Akhir sekali, adake sekolah yang tak pernah dikhabaranginkan dulu ianya markas tentera Jepun? Atau mana-mana bangunan lama? Ini patut jadi bahan untuk banyak lagi filem seram; jangan biar orang Singapura je yang bikin.

Aku betul-betul nak filem ini berjaya. Aku rasa ianya jauh lebih best dan lebih menghiburkan dari Khurafat mahupun Ngangkung, dan aku rasa ia lebih layak memecah panggung dari kedua-dua filem itu. Aku rasa sifat pluralismenya patut disanjung, patut diikuti setiap filem tempatan, dan patut dilihat oleh semua penonton filem tempatan. Aku nak James Lee bikin banyak lagi filem; aku nak tonton Sini Ada Hantu 2: The Further Adventures of Ah Meng dan Bakri. Aku tak tahu setakat mana jauhnya pengaruh blog TMBF ni; filem yang aku suka pun terflop jugak. Namun aku nak seru semua pembaca aku supaya menonton filem ini. Tonton berkali-kali. Tonton bersama keluarga dan kengkawan. Kalau filem ni tak dapat sekurang-kurangnya RM7 juta, aku akan salahkan kamu semua.

NEXT REVIEW: No Strings Attached
Expectations: meh Natalie Portman?... naah, still meh

8 comments:

Ajami Hashim said...

i likeee!!! :)

Bophairy said...

cool..sgt meyakinkan untuk aku pegi menonton

Unknown said...

thank you glad you enjoyed it :)

Shuhada Shah said...

Sangat temptation. Maka saya mahu pergi tengok. Yeay

the writer said...

slowpoke.aku dah tengok filem ni sebelum ko suruh pembaca tengok.LOL

yes.for me,the comedy+horror value is on par with 4bia 2 final chapter.a well done film by a malaysian.

when i watched this film,the audience is not just malays.on my right was indian couple.in front of me got bunch of chinese teenagers.on my left were malay girls.and while i walked out of the hall,there are more chinese and indian walked out as well.im glad this movie was enjoyed by all race.

Farahanani Amhazali said...

the climatic is making me LOL-ing in the longest moment.

Longer than in Ngangkung masa Azad n isterinya terpaku bila hantu ada kat sofa sebelah.

Time takot2 pn sempat argue lagi pasal identiti hantu2 kat Malaysia..

Baki and Alvin are soo cute!

Nasib baik the maker dont make Alvin died.. coz when Baki lega bila dapat tau Ah Meng belom mati, the audience rasa lega juga..

:)

Aku Pembaca Filem said...

setuju..lakonan pelakon mantap...4 stars from 5

mychickenfloss said...

setuju..cite ni best gile..layan je!=)