<i>Twilight</i> versi Melayu yang sama kelebihkurangannya ~ That Movie Blogger Fella

Saturday, April 23, 2011

Twilight versi Melayu yang sama kelebihkurangannya

Senjakala
My rating:




Okey, bagi mereka yang belum tahu, Senjakala adalah judul bagi siri novel Twilight karya Stephenie Meyer yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Siri ini memang fofular giler dikalangan pembaca Melayu, khususnya perempuan remaja, dan sepertimana saya katakan dalam ulasan filem Eclipse, saya yakin fenomena ini mengatakan sesuatu tentang psikologi kaum Melayu kini. (Pendek kata: fantasi pengakuran kepada lelaki seperti Twilight ini hanya popular dalam masyarakat dimana kaum wanita masih dikongkong kaum lelaki. Bincangkan!) Walaubagaimanapun, bila keluar berita filem terbaru Ahmad Idham berjudul Senjakala, maka ramailah yang menuduh filem ini meng-ripoff-kan Twilight. Namun kenalah tonton dulu baru tahu, kan?

Tuduhan ini ada benarnya - tetapi ia gagal menyalin ciri paling penting yang membuat Twilight berjaya.

Selepas kematian tunangnya, Karlisa (Liyana Jasmay) sering bermimpi tentang kampung halaman ibunya (Aida Aris), Kampung Senja Lama, yang belum pernah dia pulang sejak kecil lagi. Walaupun ibunya melarang, Karlisa tetap ingin pulang ke kampung itu bersama kawannya Bella (Faezah Elai). Disana, mereka berjumpa dengan Opah Maimun (Ruminah Sidek) - walaupun Karlisa telah diberitahu oleh ibunya bahawa opahnya telah meninggal. Tetapi bukan itu sahaja misteri yang perlu diungkap; penduduk-penduduk kampung menghindari malah mengancam mereka, dan Opah Maimun juga sering berkelakuan aneh. Ada juga seorang pemuda bernama Armand (Zahiril Adzim), yang menolong dan menyelamatkan Karlisa tetapi segan untuk mendekatinya - dan Karlisa mula jatuh hati dengannya.

Satu kelebihan filem ini yang perlu saya puji ialah jalan ceritanya, yang perlahan-lahan mendedahkan misteri disebalik keturunan Karlisa serta peristiwa lama yang telah dirahsiakan darinya. Saya tak pernah rasa bosan atau jengkel dengan cerita ini, malah saya teringin hendak tahu bagaimana kesudahannya - walaupun keseluruhan ceritanya sudah di-spoiler-kan oleh sinopsis yang ditayangkan di mana-mana sumber media. Dengan tegas saya nasihatkan supaya jangan baca sinopsis itu. Kekuatan filem ini ialah pada elemen misterinya yang tak patut anda rosakkan sebelum menontonnya. Ini filem pertama saya yang ditulis oleh Meor Shariman Meor Shafie, dan saya pasti akan mengambil perhatian namanya nanti.

Tetapi kelemahan yang paling lemah ialah pada kisah cintanya yang langsung tidak menjadi. Saya suka Zahiril Adzim, semenjak kemunculannya dalam filem Gadoh dua tahun lalu. Tapi kali ini, lakonannya tak ngam sama sekali. Armand ni creepy gilebabi; langsung tiada pesona dan ketampanan watak hero romantik, dan langsung tak macam Edward Cullen. (Ya, ia ada tiru Twilight sikit; Armand menyelamatkan Karlisa dari dihempap kereta, dan juga ada men-stalk-kannya, tapi mujurlah tak sampai curi masuk biliknya waktu malam tengok dia tidur.) Pendekatan Zahiril buat watak ini memang tak betul, tapi salah juga terletak dalam skrip yang tidak mengembangkan kisah cinta Armand dan Karlisa. Dimana saat mereka mula jatuh cinta? Dimana babak romantisnya? Cuma ada adegan musical montage dimana kedua-duanya berjalan-jalan, tak banyak bercakap, senyum pun tak senyum; kalau ini first date diorang, ini first date yang amat kekok dan janggal.

Sebenarnya pujian saya untuk skrip Meor Shariman ada syaratnya; bukan hanya unsur cinta yang tidak berkesan, malah plotnya juga berlubang-lubang. Apabila misterinya terurai, masih tinggal soalan-soalan yang tidak dijawab. Apakah punca permusuhan antara Opah Maimun dengan Armand? Mengapa Opah Maimun merasuk Bella untuk tujuan menggoda Armand - ataupun adakah Maimun yang merasuknya? Kalau Armand benar-benar cinta Karlisa, mengapa cepatnya dia setuju melakukan sesuatu (yang tak boleh saya cakap kerana spoiler) yang membahayakan Karlisa? Lubang yang terbesar ialah ketika penamatnya, jadi sini ada SPOILER ALERT, sila jangan highlight kalau belum tonton: senang je nak buang saka ni? Panggil ustaz baca doa je? Abih kenapa tak buang awal-awal, masa Opah Maimun nazak? (Ini satu masalah dengan cerita seram tempatan yang pernah saya sebut: jika segala hantu dan puaka dan syaitan boleh ditewaskan dengan Kehebatan Islam Yang Hebat, mana seramnya?)

Walaubagaimanapun, seperti yang saya katakan, saya cukup tertarik dengan jalan ceritanya - itupun sebelum lubang-lubang plot muncul lah. Ini juga kerana lakonan Liyana Jasmay yang mampu menarik kita untuk mengikuti perjalanannya. Tidak boleh dinafikan lagi beliau adalah pelakon wanita tempatan yang paling unggul; tak pernah saya tengok filem dimana lakonannya tidak menjadi (walaupun filem itu teruk). Serius saya memujinya bukan hanya kerana dia lawa dan saya lelaki yang heteroseks; Liyana betul-betul ada bibir montel dan mekar lagi mengghairahkan bakat. Lihat saja wataknya dalam filem seram arahan Ahmad Idham yang sebelumnya, lain sekali dari watak Karlisa disini. Dan speaking of Ahmad Idham, Pengarah Feveret TMBF (Sebenarnya Bukan) - tak ada apa-apa nak dikatakan pasal pengarahannya. Tiada pembaharuan atau pembaikan dari filem-filemnya yang dulu. Malah saya sedia mengatakan dia yang memberi arahan salah kepada Zahiril.

Saya akui, mungkin saya yang kurang faham dengan amalan saka, membuat saya kurang faham plot filem ini. Kalau ya pun, ia sepatutnya menerangkan ceritanya dengan lebih baik lagi. (Bagilah tolak ansur sikit untuk penonton bukan Melayu!) Sebenarnya, semasa saya menonton filem ini saya asyik terfikir, cerita ini hampir boleh dikatakan ada unsur-unsur Lovecraftian. Korang kenal tak H.P. Lovecraft? Pengarang cerita-cerita seram klasik yang amat berpengaruh dan mempunyai ramai peminat - termasuk saya. Wahai pembikin-pembikin filem tempatan, korang patut kaji selidik mamat ni. Karya dia sedap giler! Banyak idea-idea segar yang korang boleh adapt-kan untuk filem seram tempatan wei! Cuba try! (Okey, cukuplah saya ber-fanboy buat seketika.) Akhir kata, ini sebuah filem dimana kelebihan dan kekurangannya lebih kurang sama - maka samalah rating yang saya bagi kepada filem Twilight yang pertama. Hampir tapi tak sampai baik, tapi taklah teruk juga.

NEXT REVIEW: dunno yet, stay tuned

4 comments:

Ajami Hashim said...

aku ingatkan mak karlisa akan 'korbankan' diri dia demi 'saka' yg sepatutnya dia warisi dari opah maimun (not karlisa punya turn) & kerana mak karlisa nak anak dia bahagia dgn armand! tapi tidak! aku sgt mengharap ia tak dihabiskan dgn another 'panggil' bomoh/ustaz/imam utk setelkan..rupanya ya! ia masih klimak yg klise se-mudah A,B,C pofff! saka hilang dgn jampi serapah & ayat suci..huhuhu!

Anonymous said...

thor is coming out in a few days. hope u review that one. been hearing good things about it.

TMBF said...

@Ajami Hashim: You perasan tak ending dia ada implikasi bahawa saka itu tidak terbuang, masih ada pada Karlisa? Kalau ya, saya rasa itu twist ending yang best - cuma saya tak tahu kenapa ia tidak dijelaskan. Diorang tak nak imply yang Kehebatan Islam tak cukup hebat kot.

fadz said...

Lovecraft???????? Thats a BIG insult to that master of cthulhu!! Senjakala is not even CLOSE to it pardon me! (that "greater beyond" behing the wall thingy is just a pesuruh saka to Armand, nothing more .. and how cheesy it is!)