My rating:
Oh S. Baldev Singh. Saya pernah menonton hanya satu filem arahannya, tapi satu pun sudah melampaui batas kesopanan. Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda saya; saya jauh lebih fasih dalam bahasa Inggeris, dan saya sering frust dengan limitasi bahasa Melayu berbanding Inggeris. Saya nak perkataan Melayu yang bermaksud inept atau incompetent, tapi yang saya dapat cari hanyalah "tidak cekap". Ini langsung tidak memadai untuk menggambarkan betapa bebalnya arahan Saudara Baldev ni. Nak panggil dia pengarah filem yang tidak cekap adalah bagaikan memanggil Laut China Selatan berair.
Nanti. Yang saya cakap pasal bahasa dan bangsa ni ada kaitannya.
Melati (Fouziah Gous) dan Arman (Iqram Dinzly) adalah sepasangan suami isteri yang baru berpindah masuk ke sebuah rumah mewah yang telah diwariskan kepada Melati. Rumah ini dijaga oleh pekebun Pak Mail (Sidek Hussain) yang mengalami penyakit neurofibromatosis yang teruk. Rumah itu juga ada hantu kot, sebab muzik ngeri asyik bermain walaupun Arman dan Melati tak dengar. Ibu Arman (Fauziah Nawi) datang melawat serta berkhutbah. Kemudian Melati terjumpa sebilah pisau ala-ala Jepun yang dibeli dari Petaling Street yang ditanam di halaman rumahnya, dan agaknya dia kena rasuk dari pisau tulah. Ada juga seorang doktor (Hasni Maulod) yang merawatnya, tapi besar kemungkinan dia bukan doktor yang berlesen.
Jujurnya saya hairan melihat kredits pengakhiran yang menamakan Ikhzal Ideris sebagai penulis skrip filem ini (walaupun Ikhzal juga yang
Watak ibu Arman sungguh pelik. (Sinopsis kata namanya Zaitun, tetapi oleh kerana nama ini tidak disebut dalam filem itu, maka hakikatnya watak ini tidak bernama. Takkan nak tengok filem pun kena rujuk maklumat tambahan?) Dia ni asyik berdakwah dan berkhutbah je, dan Baldev pula sengaja meluangkan masa buat adegan-adegan dimana dia membaca ayat Koran dengan suara yang tiba-tiba bergema. Lengkap dengan penterjemahan pulak tu. Macam Baldev memberitahu Ikhzal, "Yaa, itu orang Malayu manya suka itu filem ada agama punya, awa kasi manya sikit itu ayat Koran dalam itu dailok laa." Filem ini amat beriya-iya hendak memenuhi citarasa peminat filem seram Melayu, jadi tak hairanlah ia memakaikan klisye basi imam ghostbuster yang muncul di saat akhir untuk menghalau hantu perasuk itu.
Dan ketika babak exorcism itu, suami mangsa kerasukan hanya berdiri dengan mulut ternganga je. Si Arman ni semestinya hero yang paling tak guna dalam sejarah perfileman Melayu, langsung tak buat apa-apa untuk membantu isterinya sehingga adegan klimaktik - dan itu pun dia termenung buat masa yang laaaaama baru mengambil tindakan. Tapi dia masih bukan watak yang paling menjengkelkan dalam filem ini; gelaran itu dimenangi oleh doktor gilababi tu yang asyik ketawa atas sebab nak jadi Patch Adams versi kampung. Tambahan pula, diagnosisnya yang mengatakan Melati mengalami "split personality" amatlah menyinggung para pakar perubatan jiwa. Di samping dua watak bebal ni, ada juga Pak Mail yang dimainkan oleh Sidek Hussain...
...yang rupanya ada karier lakonan sejak zaman '80-an lagi, walaupun beliau mempunyai tumor yang sangat besar pada mukanya. Ini membuat saya berbelah fikiran. Pada tangan yang satu, takkan beliau nak menolak rezeki dari bidang perfileman, walau apa kecacatan yang beliau alami. Tapi pada tangan yang lain, apakah watak-watak yang dilakonkannya sebenarnya mempersendakan kecacatannya? Pak Mail bukan saja ada tumor, tapi juga bisu, cacat akal, dan menghidap penyakit sawan. Jelas filem ini melihatnya sebagai jijik dan menakutkan, dan penyingkapan bahawa dia sebenarnya baik - tak spoiler lah, dari awal dah boleh agak - tidak meredakan ke-poor taste-an penggunaan watak ini. (Oh ya juga, Pak Mail ni kononnya bela kera peliharaan yang dibawanya berjalan-jalan sambil diikat tali. Tapi kera ini hanya dilihat dalam close-up, tak pernah dalam syot sama dengan tuannya. Mungkin kera itu diambil dari stock footage FINAS kot.)
Saya amat berpuas hati kerana dapat memberi filem ini rating 1-½ bintang yang dah lama saya tak beri. Filem ini memang bebal dan buruk, tapi ada dua benda yang saya suka; pertama ialah penggunaan efek CGI yang boleh dikatakan
NEXT REVIEW: Sekali Lagi
Expectations: nampak macam okey je
4 comments:
can't wait for 'sekali lagi' review.
wow...nice! :) bila nak reviu transformers lak..huhu
Sedih kan bila promo kemain tapi filem hampeh.
Are you tired of being human, having talented brain turning to a vampire in a good posture in ten minutes, Do you want to have power and influence over others, To be charming and desirable, To have wealth, health, without delaying in a good human posture and becoming an immortal? If yes, these your chance. It's a world of vampire where life get easier,We have made so many persons vampires and have turned them rich, You will assured long life and prosperity, You shall be made to be very sensitive to mental alertness, Stronger and also very fast, You will not be restricted to walking at night only even at the very middle of broad day light you will be made to walk, This is an opportunity to have the human vampire virus to perform in a good posture. If you are interested contact us on Vampirelord7878@gmail.com
Post a Comment