Tolong layan filem James Lee, boleh tak? ~ That Movie Blogger Fella

Sunday, July 24, 2011

Tolong layan filem James Lee, boleh tak?

Tolong! Awek Aku Pontianak
My rating:




TMBF bengang dengan kamu semua. Ya, kamu, wahai pembaca dan penonton filem tempatan sekalian. Kenapa korang tak pergi tengok Sini Ada Hantu? Kan saya kata ia best? Kan saya bagi rating 4 bintang? Kan saya sasarkan kutipannya sekurang-kurang RM7 juta? Tapi sebenarnya ia hanya mendapat RM1.3 juta saja. Sungguh mengecewakan tahap jamban. Saya tak paham dengan citarasa korang; filem James Lee yang sedap dan kelakar tak berjaya, tapi Syamsul Yusof tiru filem Shutter pula pecah panggung. Kini filem arahan Lee yang seterusnya sudah muncul, tapi atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, rebiu ini hanya sempat di-post-kan selepas filem ini tamat tempoh tayangannya. Tempoh tayangannya pulak tak panjang, bermaksud ini sebuah lagi filem James Lee yang kurang mendapat sambutan.

Sayang sungguh, kerana Tolong! Awek Aku Pontianak juga sebuah filem yang sepatutnya lebih berjaya.

Bob (Zahiril Adzim) adalah seorang pemuda yang naif dan lurus tahap dewa, tapi baik hati. Malangnya dia amat tidak bernasib baik; dia ditinggalkan oleh kekasihnya Ina (Faezah Elai), dan dia sering dibuli dan dipandang rendah oleh majikannya Faizal (Rashidi Ishak). Selepas dia kena dumped, dia bersama BFFnya Pian (Sufian Mohamed) berpindah ke sebuah pangsapuri yang usang, dan menjadi jiran baru kepada sepasang adik-beradik bernama Maya (Sazzy Falak) dan Liyana (Liyana Jasmay). Rupanya Maya dan Liyana adalah pontianak, tetapi walaubagaimanapun Maya mula jatuh hati dengan Bob. Namun rahsia tentang dirinya tidak mudah disimpan, terutamanya dengan kemunculan kakak mereka Nadia (Nurul Wahab), seorang pontianak yang masih dahagakan darah manusia, yang juga diburu oleh bomoh "selebriti" Aaron Slam Bach (Harun Salim Bachik).

Jujur kata, jika ini filem Hollywood saya akan berikan paling lebih 3 bintang sahaja. Namun saya berikan 3-½ bintang kerana kekuatannya adalah segala yang sepatutnya menjadi standard biasa bagi filem tempatan kita. Komedinya menampakkan kepelbagaian jenaka yang membuktikan keimaginatifan Lee, dari dialog yang lawak hingga ke arahan, pilihan syot dan suntingan yang menggelikan hati. Ianya komedi yang broad tapi tak bangang, kerana ia digarap oleh seorang pencerita yang bijak; tak seperti filem komedi tempatan lain yang memperbodohkan lagi membodohkan penonton. Ia sebuah filem feel-good yang berkesan dan sedap ditonton.

Saya juga amat suka dengan temanya yang mengatakan mereka yang berbeza dari kita patut diterima dan dipeluk dengan ikhlas hati. Ini dapat dilihat bukan sahaja dalam kisah percintaan antara Bob dan Maya, tetapi juga dalam adegan dimana Bob berkawan dengan pemuda-pemuda Afrika yang tinggal di blok pangsapurinya. Malah watak kecil dua rakan sekerja Bob (lakonan Syanie dan Amerul Affendi) juga menggambarkan tema ini dengan halus; seorang ialah gadis yang gendut, seorang lagi lelaki yang lembut. Kelainan itu keindahan! Ini mesej yang saya amat sokong, dan tak hairan ia disampaikan oleh seorang pengarah berbangsa Cina. Saya berani kata kalau cerita ini diarah oleh orang Melayu, pasti semangat pluralismenya akan diganti dengan pendekatan yang lebih konservatif. (Dan pasti ada watak seorang ustaz mengatakan bahawa hubungan manusia dengan pontianak adalah dilarang dari segi Islam.)

Tetapi kelemahannya yang paling ketara ialah dari segi pacing. Ia mengambil masa lebih setengah jam sebelum Bob dan Pian bertemu dengan Maya dan Liyana; kemudiannya, konflik dengan Nadia pula dikemukakan jauh lewat. Jalan ceritanya kerap terasa lengah dan tak mampu menimbulkan ketegangan naratif (i.e. narrative tension), serta banyak babak yang kurang lawaknya dan kehilangan kederasan komedinya (i.e. comic momentum). Masalah ini tidak timbul dalam filem arahan Lee yang sebelum ini, kerana Sini Ada Hantu berstruktur antologi tiga buah cerita yang pendek; sebuah filem full-length mempunyai banyak lagi bebenang plot yang perlu ditenunkan dengan teliti. "Peraturan" bagi alam ghaibnya juga kurang jelas; mengapa pontianak boleh keluar pada siang hari? Mengapa Maya dan Liyana boleh menahan rasa dahaga untuk menghisap darah dengan begitu senang?

Lakonannya juga tidak selalu berjaya. Saya suka Zahiril Adzim, tapi saya rasa filem komedi broad seperti ini tidak sesuai untuk bakatnya (dan watak nerd loser seperti Bob tidak sesuai untuk rupanya). Tapi dia mencuba dengan sungguh berani, dan ada sebuah adegan Bob dengan Maya berteduh di perhentian bas yang memang hebat, dimana lawaknya bergantung sepenuhnya atas gaya percakapan Zahiril. Sazzy Falak pula pilihan yang aneh untuk dijadikan pasangan romantis dengan Zahiril - sebab Liyana Jasmay kan ada - dan percubaannya juga berani. (Saya suka suaranya yang bergema macam Liv Tyler dalam Lord of the Rings.) Namun chemistry antara mereka berdua tak berapa menjadi; mungkin kerana Sazzy terlalu tumpu perhatian kepada sifat Maya yang ethereal dan bukan manusia, sehingga kurang menyerlah emosi kemanusiaanya.

Dan saya kecewa dengan watak Pian kerana potensinya yang terbazir. Dia dengan Bob adalah pasangan bromance yang lucu, bahkan gandingan Nick Frost dengan Simon Pegg dalam filem Shaun of the Dead; dia sepatutnya menjadi watak sidekick yang mampu mencuri hati penonton dengan telatahnya. Tetapi saya tak suka bila dia berpakat dengan Faizal untuk mendedahkan rahsia kepontianakan Maya. Nick Frost tak pernah membelot Simon Pegg macam tu, wei! Rashidi Ishak pula menunjukkan bakat komedi yang tidak dijangka (saya hanya pernah melihatnya memainkan watak heroik dalam Setem). Lakonannya sebagai Faizal memang hebat kebodohannya; saya diberitahu dia sedang mengajuk dR Rozmey, dan jika benar, lagi hebatlah ia.

Sekali lagi saya ingin tekankan bahawa ini bukan filem yang sehebat mana - dan Lee belum membuktikan kecemerlangan pengarahan filemnya. Tapi yang terbukti dari Tolong! Awek Aku Pontianak ialah dia pengarah yang cekap; cekap dari segi nada, penceritaan, pengarahan pelakon serta aspek teknikal perfileman. Kecekapan ini sungguh jarang dilihat dalam hampir kesemua filem-filem Melayu yang pernah saya tonton, dan ini sesuatu yang menyedihkan. Yang lagi menyedihkan ialah bila filem yang cekap dan berkesan seperti ini tidak mendapat sambutan dari penonton. Tetapi saya kagum dengan kerajinan dan ketegaran Lee yang ada dua lagi filem bakal keluar di panggung wayang nanti - filem seram Clay Pot Curry Killers dan filem seni beladiri The Collector. Jadi masih ada peluang bagi kamu - ya, kamu - untuk menaikkan taraf citarasa anda supaya tak buat aku bengang dengan korang lagi.

NEXT REVIEW: Harry Potter and the Deathly Hallows, pt. 2
Expectations: FINALLY

8 comments:

Farahanani Amhazali said...

1.3 juta??

pulang modal ke x tu?

saya suka movie ini sebab ada benda yang logik di sebalik perkara2 yang tak logik..

dan Harun Slam Bach memang sengal.

Anonymous said...

Agree yg Khurafat adalah filem yang bodoh.

But sorry to say, agak kurang bersetuju tentang rating 4 bintang Sini Ada Hantu yg ada unsur2 plagiat dari francais Phobia (Thailand, again).

Untuk filem TAAP ni, fatal mistake ada pada company dia sendiri. One word : Marketing.

Hans Hanis said...

James Lee lemah dari segi pemasaran
saya sebenarnya mahu menonton filem ini tetapi sayangnya pawagam di rumah saya tidak menayangkan filem terbaru James Lee ini

saya juga ada menonton Sini Ada Hantu
dan saya agak bersetuju dengan komen Mendambehari
filem itu tidak layak diberi 4 bintang kerana masih banyak kelemahannya tapi apa yang menarik filem itu ada kisah yang bagus dan sedikit lucu

fadz said...

was really turn off by the Avatar spoof (i was told, it s halloween costume party) that i saw in the preview.. and there, eventgh its made by James Lee.. i dont know.. i want his Histeria, no, his beautiful Love trilogy.. i want drama from him, not another horror-comedy spoof.. sorry tmbf..

TMBF said...

@mendamberahi dan @hans: Soalan yang menarik. Marketing bagaimanakah yang boleh menjayakan filem James Lee? Apa yang ada pada Syamsul Yusof dan Metrowealth yang tiada pada filem ini?

Anonymous said...

@tmbf,

Promosi filem2 company lain agak heavy, dari iklan sampai ke slot interview di radio. Untuk filem2 Tayangan Unggul, kadang2 je iklan keluar. Even HKLBR tahun lepas pun dikira surprise hit.

Saya sendiri pun hanya dapat tonton T!AAP bila keluar di video-on-demand (Astro 1st), so that should mean something!

btw, filem ni jauh lebih bagus dari Sini Ada Hantu. Ada sedikit kelemahan dari chemistry, tapi masih bagus.

Hope this film can live through video-on-demand & dvd window. This film deserves better attention than most other local flicks. I've done my part supporting it.

AbduL QaDir said...

agree with u pasal "peraturan" tu....agak menjengkelkan bila terfikir kenapa sazzy perlu bertukar jadi pontianak utk menakutkan rempit2 tu sedangkan dia sudah memiliki kekuatan luarbiasa bila rempit gagal merampas beg nya. Bukanke dia boleh lawan saja.

Kalau aku la, aku akan letak peraturan yg semua pontianak dlm ni hanya ada super power bila paku dicabut sahaja, dalam masa yg sama berwajah buruk (makeup dia failed, aku berharap something mcm Fright Night or any filem Hollywood in 80s)...bila pasang paku rupa mcm manusia biasa, boleh keluar siang n dapat diet dari darah.

satu lagi tak jelas kenapa watak pontianak jahat boleh dibunuh dengan memaku belakang lehernya? abis bukan sebelum tu dia sendiri simpan paku kat leher dia?

then part ending tu, sedang aku cuba membayangkan keluar portal door to underworld, tetiba je jadi kes sumpahan. Terpinga-pinga kejap...WTF

Kalau buat filem fantasy kena ada 'peraturan' nya sendiri kalau tak memang sangat janggal. Tapi aku sangat2 suka dengan semua komedi dalam filem ni...komedi dia memang dua ibu jari lah....even spoof avatar tu pun sangat best okeh!

mooie said...

seriusly filem terbaik yang penah james lee yang hasilkan. cuma ad certain macam jalan cita die mendatark.