Melayu mudah puas ~ That Movie Blogger Fella

Wednesday, September 28, 2011

Melayu mudah puas

Raya Tak Jadi
My rating:




Sepertimana yang pernah saya sebut, saya sering mengunjungi laman We Hate Razak Mohaideen Movies di Facebook. Ia sudah mengutip lebih 2,000 "likes", dan ramai regulars yang suka berbicara tentang filem-filem tempatan disana. Yang saya hairan ialah mengapa laman tersebut wujud; mengapa tiada laman We Hate Ahmad Idham Movies atau We Hate Yusry KRU Movies? Ada apa tentang Razak Mohaideen serta/atau filem-filemnya yang membuat dia di-hate-kan? Jawapannya: sebab filem dia sucks lah, tapi itu jawapan dari saya. Saya nak tahu, adakah ke-sucks-annya sudah diketahui orang ramai? Adakah Razak Mohaideen sudah diiktiraf sebagai pembikin filem yang paling bangang lagi membangangkan?

Jika ya, mengapa filem-filemnya masih mendapat sambutan?

Shuib (Saiful Apek) seorang pemandu teksi, dan Bob (Johan Raja Lawak) adiknya yang mengidap penyakit amnesia cacat otak. Manakala Leo (Ben Tan) seorang peniaga yang jahat, mengarah kuncu-kuncunya Ali (Khairi Azlee) dan Abu (Iedil Putra) menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Haji Ehsan (Dato' Jalaluddin Hassan) atas sebab hendak menunda tarikh Hari Raya Aidilfitri. Berlakunya kesilapan dimana teksi yang dipandu Ali dan Abu bertukar dengan teksi Shuib, akibatnya Shuib dan Bob terjumpa Haji Ehsan yang disangka sudah mati dalam boot. Tidak sekali terlintas dalam fikiran mereka untuk melaporkan kejadian ini kepada polis, sebaliknya mereka membawa "mayat" itu berjumpa dengan Idah (Wan Sharmila), teman wanita Shuib. Isteri Haji Ehsan (Noreen Noor) pula nampak tak kisah je suaminya hilang. Ali dan Abu pun cuba mencari kembali si culik mereka, sampai tahap mengugut ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob (Mak Jah dan Syafiqa Melvin).

"Melayu Mudah Lupa" adalah sebuah sajak terkenal yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir. Disini saya ingin perkenalkan kata-kata baru yang saya rasa sama benarnya: Melayu mudah puas. Saya menonton Raya Tak Jadi bersama lebih kurang 100 audiens yang lain, dan nampaknya mereka cukup enjoice dengan filem ini; banyak gelak ketawa yang saya dengar, terutamanya bila Johan Raja Lawak beraksi di skrin. Saya pula tak senyum pun walau sekali, malah terasa jelak dan jengkel sepanjang durasinya. Saya hairan, bingung dan bengang dengan hakikat ini. Mengapa mudah sangat mereka puas hati dengan hidangan yang haprak ni?

Ada pepatah bahasa Latin yang berkata, "De gustibus non est disputandum." Bermaksud, soal citarasa tidak boleh didebatkan. Ini ada benarnya, tapi yang saya nak cakap ni bukan pasal citarasa. Saya sedar filem Raya Tak Jadi ni adalah komedi ringan, dan saya bukan nak menghentamnya kerana ia komedi ringan; malah, kalau ini jenis filem dimana setiap watak adalah dungu dan tolol pun tiada salahnya. Masalahnya ialah, walaupun ini sebuah komedi ringan, ini bukan komedi ringan yang bagus. Bukan hanya watak-wataknya yang dungu; garapannya dungu, jalan ceritanya dungu, dan keberkesanannya bergantung atas penonton yang sama dungu. Ini filem untuk orang dungu dan orang yang sedia mendungukan diri mereka sendiri.

Jadi, ini bukan pasal citarasa. Saya tak suka filem ini bukan kerana ia tak ngam dengan taste saya; saya tak suka kerana saya pernah tengok yang lagi bagus. Saya rasa penonton-penonton yang ketawa berdekah-dekah semasa tayangan filem ini belum pernah - ataupun, mereka tak mahu menonton filem yang lagi bagus. Ini sesuatu yang bermasalah dengan mereka. Walaupun orang lain punya gusti bas tak boleh di-disput-kan andum-nya, namun jika anda tak reti nak menghayati filem yang berakal dan bermakna; jika anda memilih untuk tidak menonton filem seperti Contagion atau Warrior; jika anda tak tahu nak bezakan antara filem ini dengan, contohnya, Tolong! Awek Aku Pontianak; maka anda seorang yang jahil dan cetek pengetahuan. Sorilah jika perasaan anda tersinggung. Yang elok ada, tapi anda pilih yang buruk. Walaupun harga tiket sama.

Okey, okey, tibalah masa saya mengulas filem ini setelah tiga perenggan saya mengulas audiensnya. Memang malas saya nak cakap pasal filem ini, tapi ada dua perkara yang saya nak bincangkan. Ada suatu adegan yang amat memalukan, dimana Jalaluddin Hassan, pelakon veteran yang sudah digelar Dato', berlakon sebagai bayi pakai baju tidur dan sedut ibu jari. Saudara Dato' Jalaluddin, kemana pergi maruah anda? Mengapa anda sanggup aibkan diri anda sebegini? Razak Mohaideen ada simpan video seks anda ke? Perkara kedua adalah babak akhirnya, dimana sambutan Raya keluarga Shuib dan Bob hanya dapat disempurnakan dengan pemberian wang tunai yang melambak-lambak. Inikah erti sebenar perayaan Aidilfitri? Apa mesej yang hendak disampaikan oleh filem Raya ini? Duit menjadi ukuran kebahagiaan? Masa Tahun Baru Cina ada filem pasal kekeluargaan dan kasih sayang, masa Raya ini je taik yang ada?

Memang catatan kali ini boleh diklasifikasikan 18PA, kerana mengandungi unsur-unsur sosial dan politik yang saya tak kisah keterlaluan atau tidak, asalkan saya jujur. Adakah kontroversialnya jika saya kata Melayu mudah puas? Baiklah, biar saya maniskan kata-kata itu; sebenarnya, penonton-penonton yang mudah puas ada dimana-mana, bukan hanya orang Melayu. Masalahnya, industri filem luar negara ada buat filem yang bangang di samping filem yang cerdik; di Malaysia pula, kecerdikan dan kebijaksanaan sudah tandus dalam filem-filem kita. Sebab penonton Melayu sudah tak kenal apa itu cerdik, bijak dan berakal. Saya rasa ramai pembaca-pembaca saya akan setuju dengan kata-kata saya, dan mungkin merekalah penonton yang lebih arif dan pandai menilai. Tapi bilangan mereka sedikit. Mereka yang suka sangat dengan filem bikinan Razak Mohaideen jauh lebih ramai.

NEXT REVIEW: Warrior
Expectations: better than The Fighter, hopefully

10 comments:

PerangFilem said...

ayoyoyo.... nak buat mcm mana? Mmg penonton Malaysia suka tgk cerita ringan.

Sir Hady Jupaz said...

TMBF, saya tak salahkan anda menyalahkan audiens. filem dari pengarah ini memang kualiti rendah. kenapalah beliau yang dilantik menjadi dekan fakulti perfileman di negara ini, memalukan beliau dan student2 beliau...

p/s :kepada pembaca2 bangsa Melayu(bangsa saya sendiri) jangan tersinggung dengan title entri ni, baca dulu sampai habis, baru nilaikan. peace :)

Anonymous said...

BAM! In yo face!

Anonymous said...

Saya selalu menunggu review filem Melayu anda. Reviewnya lucu, caciannya menghiburkan & faktanya 100% betol. Pengarah filem & penonton filem Melayu silalah baca site ini!

Nizam said...

TMBH, I wrote this article back in 2003; 'Filem kita sampah kita':

http://nizamzakaria.diaryland.com/030214_94.html

Hope you'll find time to read it.

Thank you.


Regards,

Nizam Zakaria

fadz said...

"bang bang bang!"

i loike!

Terima kasih kerana meneruskan perjuangan saya, saya sampaikan obor pemerhatian filem Razak Mohaideen (yang saya sudah berhenti melakukannya sejak Duyung) kepada TMBF. Tahniah dan semoga boleh bertahan (saya dah tak sanggup, hahaha)

TMBF said...

@Nizam: Good article. But the sad thing is that 8 years later, nothing has changed.

Nazri said...

encik TMBF..bukan salah datuk jalaludin utk nak jadi mcm tu,dia dah ikut skrip,bukan dia suker2 je hendak pakai baju baby kemudian isap ibu jari,pd pndpt sy dato jalaluddin seorang pelakun yg profesional dan terbaik dserta porting sy pernah jumpa,,tapi dah pengarah suruh buat mcm tu..so kena la buat kan,i rasa bukan isu pengarah ada simpan video dia ke,atau sebab itu ini..dan saya tak tahu sgt perkara tu,so encik tmbf fikirlah sendiri di mana silapnya...

AnonBlogger said...

"Saya menonton Raya Tak Jadi bersama lebih kurang 100 audiens yang lain, dan nampaknya mereka cukup enjoice dengan filem ini; banyak gelak ketawa yang saya dengar, terutamanya bila Johan Raja Lawak beraksi di skrin."

I agree with this. I've watched some shitty comedy movies with my friends. Mainly the one that stars Nabil or anyone from Raja Lawak. It wasn't funny, my friends however are laughing hysterically. I don't get it, what's so funny about using the same gags over and over again? And then we watched something like Rise of The Planet of The Apes, they fucking hated it. What the fuck? I thought it has good and engaging story but nope, because there's no shitty comedy inside it therefore it sucks. This is a problem in the Malay film industry, people just don't care nor appreciate good writing anymore.

Poklah Sc said...

I quote
"This is a problem in the Malay film industry, people just don't care nor appreciate good writing anymore"

And I add
"The same people who watch and watch all over again P. Ramlee's films, recognising that P.Ramlee's films was a high quality product of his time, but this same bunch later failed to demand the same high quality films from filmmakers of their own generation"..