Alamak, sia-sia aku puji Ismail Hasim ~ That Movie Blogger Fella

Wednesday, November 16, 2011

Alamak, sia-sia aku puji Ismail Hasim

Alamak... Toyol!
My rating:




Memang TMBF rasa kesal kerana pernah memuji pengarah Ismail "Bob" Hasim. Saya suka kedua-dua filem sebelumnya, Ngangkung dan Bini-Biniku Gangster, terutama kerana kedua-duanya menunjukkan hubungan antara watak-watak, khususnya suami isteri, yang saling menyayangi dan sedap ditonton. Saya sangka inilah tema yang beliau cuba selitkan kedalam semua filem yang dibikinnya. Sehingga saya sanggup menonton filem Alamak... Toyol! ini yang dari poster dan trelernya kelihatan amat teruk. Banyak filem tempatan yang saya tak sempat nak tonton dan rebiu, sebab TMBF kesempitan masa baru-baru ini dan terpaksa catch up dengan filem-filem yang baru ditayangkan. Tapi oleh kerana saya sudah janji hendak menonton filem terbaru arahan Ismail, saya memilih filem ini dengan harapan yang tipis.

Walau betapa tipis pun harapan, hakikatnya teramatlah mengecewakan.

Fakhrul (Angah Raja Lawak) dan Kudin (Along Cham) adalah dua perompak kecil-kecilan. Pak Umar (Hamid Gurkha) pula membela sebuah toyol (Muhammad Afiq Izzuddin), dan dia menjual toyol tersebut kepada Fakhrul dan Kudin. Tetapi toyol itu sebenarnya tak pandai mencuri, maka mereka berdua terpaksa mengajarnya bagaimana hendak berjaya dalam bidang jenayah. Sementara itu, seorang pekerja opis bernama Farah (Adeline Tsen) mendapati majikannya Daniel (Tyzo Tuah) adalah seorang pengedar dadah. Tanpa sebab yang munasabah, Farah berganding dengan si dua hero tu untuk membantu satu sama lain; Fakhrul dan Kudin ingin mencari Pak Umar semula untuk memulangkan toyol itu, dan Farah ingin melarikan diri dari Daniel yang mahu mencari dan membunuhnya.

Tengok poster kat atas tu. Tengok toyol berkulit hijau yang tertera kat atas poster tu. Adakah rekaannya menarik? Adakah ini sesuatu yang anda ingin tonton selama 90 minit? Bagi saya, jawapan kepada kedua-dua soalan ini ialah "oh God no." Sebab itu saya rimas hendak menonton filem ini, kerana pada luaran pun dah nampak macam taik - dan akhirnya, ketaikan filem ini terbukti. Kononnnya nak jadi cerita tentang hubungan antara manusia dengan makhluk bukan manusia yang menyentuh hati, a la E.T. the Extra-Terrestrial, Lilo & Stitch, CJ7, atau baru-baru ini, Real Steel. Gagal tahap gagal yang tak habis-habis kegagalannya. Tak payah tengok filem ini pun; letak saja gambar budak hijau tu sebaris dengan E.T. dan Stitch dan CJ7 dan Atom. Bandingkan dari segi rupa sahaja. Mana yang boleh kau sayang, dan mana satu kau nak tumbuk?

Tapi bukan ini perkara yang paling busuk dalam filem ini. Bagi anda yang sudah tengok filem ini dan menganggapnya seronok dan kelakar, tahukah anda ia sebuah filem yang merosakkan akhlak? Ya betul! Rohani anda sudah dicemar akibat anda sukakan filem ini. Sebab ia mengangkat dua watak pencuri, perompak, penyangak dan penjahat sebagai hero, dan anda sedia menerimanya. Sebenarnya cerita dimana penjenayah jadi hero memang dah lama ada; baru minggu lepas saya mengulas filem Tower Heist. Tetapi cerita begini seharusnya menggambarkan niat heronya yang mulia untuk melakukan jenayah, serta kebijaksanaannya mengakali lawan. Fakhrul dan Kudin tidak bijak, sebaliknya mereka dungu sedungu-dungunya. Fakhrul dan Kudin tidak mulia, sebaliknya mereka menganiayai orang ramai dan tak pernah menyesal atau menebus kekejaman mereka. Hatta jika anda gemar menonton mereka, bermaksud anda menyanjungi kezaliman dan kejahatan. Ya betul!

Dan jika anda sukakan cerita ini, bermaksud anda sama dungu dengan Fakhrul dan Kudin. Terlalu banyak yang tak logik dan tak masuk akal tahap sakit kepala dalam filem ini, tapi mai saya bagi satu contoh. Ada sebuah adegan dimana Farah melihat bungkusan dadah dalam laci meja majikannya, terserempak dengan Daniel, terus lari melapor kepada polis, yang kemudiannya datang memeriksa laci tersebut. Dadah tu dah takde lagi, dia bingung. Polis pun ingat dia kelentong, minta maaf lagi dengan Daniel. Farah asyik tertanya-tanya, bagaimana dadah itu boleh hilang? Tak pernah terlintas dalam fikirannya yang Daniel boleh sembunyikan dadah itu, sebab dia nampak Farah menyelongkar lacinya. Farah ni bahlol, tapi polis tu sama. Saya ada dengar Kementerian Dalam Negeri kita melarang filem yang memaparkan anggota polis yang jahat dan makan rasuah, atas alasan hendak jaga nama PDRM. Tapi filem macam ni yang menganggap polis bahlol, diorang tak peduli.

Ada lagi! Tahukah anda filem ini ada adegan bogel? Ya betul! Filem yang diberi klasifikasi PG-13 ini, yang membariskan pelakon cilik berusia 12 tahun, ada adegan Adeline Tsen berbogel - walaupun tubuhnya ditutup lapisan blur macam filem lucah AV Jepun yang mem-pixellate-kan bahagian kemaluan. Apekebenda ni?? Apa sebab nak tunjuk pompuan telanjang macam ni?? Berapa banyak kau sogok Lembaga Penapisan Filem supaya lulus filem ni? (Tambahan pula, Cik Tsen sudah gempal dan tak seksi lagi. Dulu saya ingat dia kiut, tapi lepas dia buat filem Klip 3GP dia dah tak kiut lagi bagi saya. Kemaafan dari TMBF bukan mudah diperolehi.) Di samping itu, saya tak tahu siapa yang beriya-iya sangat nak angkat Angah Raja Lawak jadi bintang filem. Dia langsung tiada gaya, karisma mahupun rupa seorang pelakon utama. Siapa peminat dia? Siapa kipas susah mati lelaki yang nak jadi dia dan wanita yang nak mendampingi dia? Apa kejadah taste korang ni?

Apa sudah jadi dengan Ismail Hasim? Apakah saya terburu-buru melambung pujian kepadanya? Apakah beliau hanya pembikin filem tempatan yang bebal macam biasa? Saya tak tahu. Mungkin ini bukan angkara beliau. Mungkin beliau dipaksa mengarah filem ini dengan skrip yang sampah, barisan pelakon yang tak berbakat, dan rekabentuk watak toyol yang WTF. Tetapi beliau tak mungkin nak berdiri depan panggung wayang sambil mengedar risalah bertajuk "Bukan Salah Saya!" Jujur kata, memang saya terlalu cepat memujinya dari hanya dua buah filem. Jadi saya takkan menggesa hendak mengutuk beliau atas filem ketiganya. En. Ismail, anda masih ada peluang lagi dari TMBF. Tapi filem Alamak... Toyol! ni memang taik.

NEXT REVIEW: The Adventures of Tintin: The Secret of the Unicorn
Expectations: yay Tintin, boo uncanny valley

3 comments:

leyrashid said...

filem kita..tak sehebat filem orang.....

zulfadhlimansor said...

membaca komen2 saudara memang menghiburkan.... mungkin saya bukan seorang kaki filem atau saya berfikir lebih sikit dari orang yg suka tengok filem melayu...

fadz said...

TMBF, lets do a "critics' pick" for malaysian films for next year, an alternative to the lousy FFM, and yes, it includes those art house movies and non Malay speaking movies (the true language of films are the images, not the spoken language).. are you game? this is something like the New York Critics Choice or something.. if you are game, let's get together! meet me in FB!