Jangan panggil dia penyu! ~ That Movie Blogger Fella

Monday, February 20, 2012

Jangan panggil dia penyu!

Cinta Kura-Kura
My rating:




Ampun dan maaf diminta dari pembaca-pembaca TMBF sekalian. Dah lama saya tak mengulas filem Melayu, dan saya sudah terlepas peluang bagi filem-filem seperti Suatu Malam Kubur Berasap, Papa I Love You, Sesuatu Yang Tertinggal, Keramat, Bujang Telajak, Sumpahan Kum Kum, Azura dan Hantu Dalam Botol Kicap. Tiada alasan yang boleh saya beri, melainkan baru-baru ini saya selalu malas nak tengok filem dan tulis rebiu. Tapi saudara Nizam Zakaria telah mengundang saya ke Gala Premiere filem arahannya yang pertama, Cinta Kura-Kura, dan hutang budi ini perlu dibayar dengan sebuah rebiu. Kini pasti anda tertanya, apakah undangan ini telah menjejas integriti dan keobjektifan TMBF? Apakah beliau teruja sangat dapat menghadiri event glemer serta bergosok bahu dengan selebriti-selebriti fofular, sehingga pasti rebiu ini memuji filemnya setinggi awan?

Hakikatnya, saya rasa filem ini best. Ko percaya ke tak, ap tu you lah. (Lagipun, malam tu Tiz Zaqyah tak endah aku pun.)

Nani (Tiz Zaqyah) tinggal bersama abangnya Amin (Bob Yusof) dan memelihara seekor kura-kura bernama Nico (Zizan Razak). Adam (Aeril Zafrel) pula ahli kumpulan muzik dan tinggal bersama ibunya Mak Uda (Norhayati Taib). Kedua-dua hidup berjiranan, dan mula jatuh hati antara satu sama lain apabila Amin menyertai band Adam sebagai penyanyi utama. Tetapi oleh kerana Adam tak reti beza antara penyu dengan kura-kura, Nico tidak menyukainya dan ingin menghancurkan hubungan cinta antara Adam dengan pemiliknya Nani. Oh baidewei, Nico serta semua kura-kura lain dalam filem ini boleh bercakap dan berjalan atas dua kaki dengan pantas. Di samping itu, seorang pemilik kedai haiwan peliharaan bernama Fazli (Fizz Fairuz) juga ingin mengorat Nani, dan Nico juga berkawan dengan dua ekor kura-kura di kedainya bernama Atok (Shy8) dan Mira (Fara Fauzana). Tetapi Fazli mengerjakan perniagaan haram, membekal haiwan terlindung kepada Mr. Lim (Chew Kin Wah) yang menghidangkan haiwan-haiwan tersebut di restorannya. Dan antara hidangannya ialah daging kura-kura...

Saya agak bahawa kebanyakan filem Melayu disasarkan khususnya kepada penonton lelaki. Ini kerana filem-filem yang paling berjaya di pasaran - KL Gangster, Hantu Bonceng dan Kongsi, antara yang lain - menjual unsur-unsur aksi dan rempit yang memang diminati golongan laki-laki Melayu muda. Tapi baru-baru ini muncul pula filem Ombak Rindu, sebuah kisah cinta melodrama yang juga amat berjaya, dan saya pasti kejayaannya terhasil dari penonton-penonton wanita. Ini suatu petanda yang baik, menunjukkan industri filem tempatan sihat dan mampu menampung berbagai segmen penonton. Diharap ini akan membuatkan Cinta Kura-Kura juga berjaya, kerana ia sebuah filem yang jelas menyasarkan penonton anak gadis muda urban.

Bukti ini kerana pertama, ia cerita komedi cinta. Dan kedua, "bintang" filem ini bukanlah Aeril Zafrel atau Tiz Zaqyah, tetapi sebuah kura-kura kartun CGI yang bernama Nico dan diberi suara oleh Zizan Razak. Nico adalah suatu ciptaan yang amat menggelikan hati, jelas dibuktikan dari gelak ketawa gadis-gadis remaja yang duduk sebelah saya di panggung setiap kali kura-kura ini beraksi. Dan walaupun dia memang comel sepertimana watak CGI dalam filem live-action pasti comel, bukan kecomelan saja yang dia ada. (Rujuk filem-filem seperti The Smurfs atau Alvin and the Chipmunks, yang tidak patut ditonton sesiapa yang berumur 12 tahun ke atas.) Nico ada personaliti yang diberi oleh Nizam yang juga menulis skrip disamping mengarah, dan skripnya juga memberi dialog-dialog yang lucu kepada Nico serta watak-watak lain. Saya boleh kata filem ini adalah komedi yang benar-benar kelakar.

Ini sesuatu yang jarang dilihat, kerana kebanyakan filem komedi Melayu yang pernah saya tonton adalah bodoh, bukan kelakar. Tapi filem ini berjaya mencuit hati saya. Dialognya sedap didengar, dan lawaknya timbul secara bersahaja dari watak-wataknya - contohnya adegan-adegan Mak Uda meleter Adam, atau ahli-ahli kumpulan muzik Adam. (Satu daripadanya dimainkan oleh Harun Salim Bachik yang tak pernah tak kelakar.) Nico suka membaca buku cerita "Arnab dengan Kura-kura" milik Nani dan memperli watak arnab itu. Ada juga sebuah running gag dimana kereta Fazli sering memainkan lagu dangdut. Saya juga tertawa dengan kemunculan seekor gajah semasa babak penamat (tak boleh saya nak jelaskan lebih sebab spoiler). Sentuhan-sentuhan kecil inilah yang meyakinkan saya bahawa Nizam adalah seorang pencerita yang bijak dan berimaginasi.

Kelemahan yang boleh saya nyatakan ialah pada kisah cintanya. Perasaan cinta antara Nani dengan Adam tidak begitu terasa; babak paling romantis ialah sebuah perbualan telefon dimana Tiz dan Aeril tidak berinteraksi secara bersemuka. Juga saya rasa Aerillah pelakon yang paling lemah dalam filem ini. Yang lain semua, termasuk Norhayati Taib, Fizz Fairuz, Chew Kin Wah serta pelakon suara bagi watak kura-kura, semuanya memberi persembahan yang over the top sedikit, tapi lakonan Aeril agak kaku dan kurang sesuai dengan nada komedi cerita ini. Nasib baiklah ada Tiz yang sungguh menawan hati dalam filem ini. Walaupun beliau paling terkenal dengan peranannya sebagai seorang MILF wanita berumur dalam drama TV dan filem Nur Kasih, namun di sini dia cukup meyakinkan sebagai anak gadis berusia awal 20-an yang masih berperangai keremajaan.

Kalau difikirkan lama-lama, ada juga beberapa lubang plot yang tidak masuk akal - misalnya, kenapa Nico seorang (seekor?) saja kura-kura yang boleh berjalan atas dua kaki? Mengapa kura-kura tak berani nak dedahkan kebolehan mereka bercakap walaupun nyawa diri diancam? Tambahan pula, watak Amin abang Nani seolah-olah menghilang waktu separuh terakhir, kerana dia sudah tiada kaitan dengan ceritanya. Namun saya sedia merekomenkan filem ini kepada siapa-siapa - khususnya jika anda perempuan yang ingin menonton sesuatu yang kiut, samada Aeril, Tiz ataupun kura-kura CGI yang bersuara macam Zizan Razak. Saya ingin melihat lagi filem dari Nizam, dan anda juga patut inginkannya. Jadi sila ke pawagam menonton Cinta Kura-Kura pada 1 haribulan Mac nanti. Kalau filemnya best, saya takkan segan nak mengiklankannya.

NEXT REVIEW: The Descendants
Expectations: hope to not watch it while I'm feeling sleepy

3 comments:

fadz said...

wahhh! suka bhg "cinta komedi" sgt sesuai!!

Anonymous said...

aha, tapi apepun aq tetap berpendapat NICO tu penyu...kalau baca kat sinopsis kat GSC pun mmg dia tules turtle..haha...

anyway, jemput baca review di Kakiwayang.com...hee..

Lord Mark said...

Are you tired of being human, having talented brain turning to a vampire in a good posture in ten minutes, Do you want to have power and influence over others, To be charming and desirable, To have wealth, health, without delaying in a good human posture and becoming an immortal? If yes, these your chance. It's a world of vampire where life get easier,We have made so many persons vampires and have turned them rich, You will assured long life and prosperity, You shall be made to be very sensitive to mental alertness, Stronger and also very fast, You will not be restricted to walking at night only even at the very middle of broad day light you will be made to walk, This is an opportunity to have the human vampire virus to perform in a good posture. If you are interested contact us on Vampirelord7878@gmail.com