Sekali pun dah lebih ~ That Movie Blogger Fella

Friday, July 8, 2011

Sekali pun dah lebih

Sekali Lagi
My rating:




Saya tertipu dengan trailer filem ini. Ia membuat Sekali Lagi nampak macam sebuah drama kemanusiaan yang menampakkan emosi yang tulus dan ikhlas dari watak-watak yang mesra dan saling menyayangi (walaupun dramanya berperisa melo sikit, i.e. melodramatic). Ini tipu. Bohong. Kelentong. Taik lembu jantan semata-mata, seperti yang boleh dilihat dari rating saya. Filem pertama arahan Hashim Rejab, yang merupakan antara 10 pengarah baru yang "dilatih khas" oleh Metrowealth kononnya, merupakan sebuah debut yang amat menghampakan.

Malah banyak lagi kekelentongan yang dikelentongkan oleh filem ini.

Arman (Shaheizy Sam) adalah seorang lelaki autistik yang selama ini dijaga oleh ibunya (Kartina Aziz), namun dia bakal mengahwini Farina (Shasha) dalam perkahwinan yang dirancang. Suatu hari dia bertemu dengan seorang budak kecil bernama Amy (Mia Sara Nasuha), dan terjalinlah persahabatan yang akrab diantara kanak-kanak dengan lelaki dewasa yang berminda kanak-kanak. Ibu Amy bernama Shila (Lisa Surihani) ialah seorang ibu tunggal, berkawan dengan seorang peniaga warung bernama Haris (Bront Palarae) yang mencintainya dan menolongnya menjaga Amy. Tapi apabila Shila bertemu dengan Arman, terdedahlah sesuatu yang tidak dijangka. Arman sebenarnya ayah Amy, dan dia pernah bercinta - dan berpisah - dengan Shila. Bagaimanakah seorang yang autistik mampu melakukan semua itu, malah kini langsung tak ingat dan tak kenal Shila?

Kat poster di atas tu ada tulis "Sebuah Filem Romantik Komedi." Masa memula filem ini juga ada tunjuk super "Sebuah Filem Romantik Komedi." Ini tipu. Bohong. Kelentong. Taik lembu jantan sama sekali, namun inilah petunjuk kepada segala yang salah dengan filem ini. Pokok masalahnya ialah, Hashim mengarahnya seolah-olah ia sebuah komedi. Olahannya terhadap setiap adegan dibuat terlampau kasar dan luas, i.e. broad. Disini saya perlu terangkan apa maksud "luas"; bermaksud ia dibuat agar dapat menarik setiap lapisan masyarakat. Dari kanak-kanak berumur 5 tahun hingga orang yang terencat akal seperti Arman pun boleh terhibur menonton filem ini. Bunyinya macam sesuatu yang elok, tetapi sebenarnya bukan.

You see, ini sebuah filem drama. Inilah genrenya; malah, ianya tidak bergenre, bermaksud tiada peraturan atau konvensyen yang boleh digunakan untuk memenuhi selera peminat sesebuah genre. (Contohnya, filem seram mesti seram, filem aksi mesti ada adegan aksi, filem fantasi/sci-fi mesti ada efek khas, dll.) Cuma ada sebuah cerita yang harus diceritakan dengan matang, halus dan realis. Ini bermakna, filem drama tidak mungkin dapat memuaskan minat penonton yang hanya inginkan hiburan ringan. Penonton harus menghayati watak-wataknya serta liku-liku perjalanan hidup mereka; penonton mesti tidak menjangka apa-apa dari filem ini selain cerita yang dapat menyentuh hati. Kanak-kanak kecil takkan suka cerita sebegini; budak-budak remaja yang nak lepak bersama kangkawan takkan minat cerita sebegini. Sepertimana filem I Am Sam, yang banyak persamaan dengan filem ini, tidak dibikin untuk kanak-kanak atau remaja.

Namun begitu, Hashim tetap cuba menarik minat semua orang dengan filem ini. Maka dia mengarah Shasha agar melakonkan watak Farina dengan cetek dan one-dimensional sekali, supaya kita tahu dia jahat dari saat pertama dan terus mengingatkan kita tentang kejahatannya setiap kali dia muncul. Sebab itu juga watak Zarina (Amylia Nastasha Aziz), seorang perempuan yang cuba memikat Haris, digambarkan seperti kartun. Dan sebab itu juga si Amy ni, yang kelihatan tak lebih 6 tahun umurnya, dibuatnya lebih bijak dari orang dewasa - malah dalam satu adegan, mampu menewaskan seorang perompak macam Macaulay Culkin dalam Home Alone. Hashim mahu memperluaskan tarikan filem ini seluas mungkin, dan ini pendekatan yang salah sama sekali. Filem drama yang sepatutnya menyentuh hati, jadi macam komedi yang bangang.

Tapi bukan arahan Hashim sahaja yang tak betul. Skripnya juga penuh dengan zat lolwut serta vitamin W, T dan F. Kononnya Haris menjaga Amy semasa Shila bekerja - tapi budak kecil ini boleh merayau-rayau di tengah kota seorang diri, serta bercampur dengan Arman yang tidak dikenali oleh Haris. Macam ni ke jaga anak?? Babak pengakhirannya juga ada watak jahat yang tetiba mengaku kesalahannya tanpa sebab, melainkan dia sedar bahawa cerita dah nak tamat. Tetapi part yang paling mencengangkan ialah penyingkapan rahsia sebenar mengapa Arman tak kenal Shila dari dahulu. Kebetulannya inilah filem kedua berturut-turut yang jahil tahap dewa tentang bidang perubatan jiwa dan penyakit autisme. Saya takkan dedahkan kerana spoiler, tapi pendek kata, plot twist ini adalah facepalm sefacepalm-facepalmnya.

Dengan skrip serta arahan yang bebal macam ni, para pelakon semua tiada peluang untuk menunjukkan persembahan yang baik. Lisa Surihani dan Bront Palarae ikut skrip je. Shaheizy Sam cukup berbakat, tetapi tak sampai berjaya melakonkan orang autistik; telatahnya hanya menimbulkan rasa jengkel. Pelakon cilik Mia Sara Nasuha pula, sebenarnya tak sehebat mana bakatnya. Dia hanya tahu berkelakuan comel, dan comel itu tak sama dengan bakat berlakon. Tambahan pula, jelas dia terlalu muda untuk memahami cerita dan watak yang dilakonkannya; dia macam hanya tahu membaca dialog-dialognya dari skrip. Memang banganglah kalau nak bandingkan dia dengan Dakota Fanning.

Jelas sekali Hashim Rejab telah memilih cerita yang salah untuk dijadikan karyanya yang pertama. Hanya pengarah yang benar-benar mahir sahaja mampu membikin filem drama, mahupun melodrama, yang berkesan. Ini cita-cita yang jauh terlampau tinggi buat first-timer macam Hashim; lebih baik kalau dia menyasar rendah sikit dan memulakan kariernya dengan sebuah komedi ringan. Filem jenis itu baru nampak sesuai bagi Hashim - kerana hakikatnya, Sekali Lagi adalah sebuah filem yang langsung tak reti genrenya sendiri.

NEXT REVIEW: Transformers: Dark of the Moon
Expectations: honestly, I expect to revise my opinion of the last one

3 comments:

airaniez wirdani said...

Wow!
Sangat suka cara anda memberi ulasan tentang filem ini.Tapi tahniah buat anda kerana menonton filem Malaysia. (Harap bukan kerana Lisa Surihani. =P )

the hun said...

i have a soft spot for shaheizy sam, but throughout the movie, i was like.. wait for it.. wait for it... AIYOO MOVIE, WHAT LAAA??? which, btw, should be YOUR tagline :P

Lord Mark said...

Are you tired of being human, having talented brain turning to a vampire in a good posture in ten minutes, Do you want to have power and influence over others, To be charming and desirable, To have wealth, health, without delaying in a good human posture and becoming an immortal? If yes, these your chance. It's a world of vampire where life get easier,We have made so many persons vampires and have turned them rich, You will assured long life and prosperity, You shall be made to be very sensitive to mental alertness, Stronger and also very fast, You will not be restricted to walking at night only even at the very middle of broad day light you will be made to walk, This is an opportunity to have the human vampire virus to perform in a good posture. If you are interested contact us on Vampirelord7878@gmail.com