Filem gred F9 ~ That Movie Blogger Fella

Friday, July 29, 2011

Filem gred F9

Flat 3A
My rating:




Saya sudah menonton empat buah filem arahan Azhari Zain, dan ini merupakan yang kelima. Setahu saya, ada sebuah lagi filemnya yang saya tak sempat nak tonton, berjudul Zoo (yang telah di-remake-kan ke versi Hollywood). Nampaknya dengan daya produktivitinya, dia ingin bersaing dengan pengarah terulung Ahmad Idham; lima filem dalam dua tahun itu bukan main rajinnya. Tapi dari mutu filem-filemnya, dia setanding dengan pengarah terlaknat Ahmad Idham. Belum pernah saya melihat sebuah hasil karyanya yang betul-betul baik; walaupun ternampak sedikit pembaikan dengan dua filem berikutnya mendapat 2 bintang dari dua filem pertamanya yang mendapat 1-½ bintang.

Tapi dengan filem terbarunya, kembalilah dia ke tahap laknat.

Fiqah (Intan Ladyana) adalah seorang gadis yang digertak oleh teman lelakinya Anas (Adey Syafrien) supaya menggugurkan bayi dalam kandungan. Akibat trauma dari keguguran itu, Fiqah bersama rakan sebiliknya Ratna (Shasha Zurazie) berpindah ke sebuah flat baru bagi menghilangkan kenangan yang pahit. Namun tempat tinggal baru itu juga pernah dilanda tragedi seorang kanak-kanak bernama Fatin (Syazana Firaz) yang hilang. Ibu Fatin (Khaty Azean) hiba sehingga hampir gila, manakala bapa saudara Fatin bernama Wahyu (Edy Zukhairi) adalah seorang ustaz yang sibuk menghalau hantu yang asyik je merasuk penghuni-penghuni flat ini. Sebaik sahaja Fiqah dan Ratna pindah masuk, Fiqah mula melihat hantu Fatin yang ada kaitan dengan kediaman barunya; rupanya ia pernah didiami seorang bomoh bernama Kang Suman (Zaidi Omar) yang sudah pasti bukan seorang yang baik-baik.

Nak tahu apa benda yang paling teruk dengan filem ini? Bukannya skrip, walaupun tulisan Shahriman Wahab (buat sekali, skrip ini ditulis oleh orang dan bukan Panel) banyak membuang masa dengan dialog-dialog yang menerangkan benda yang sudah ketara. ("Selepas terpaksa menggugurkan janin, saya sedey tau." "Iye? Sebab itulah kita pindah ke flat baru ni lah kan?" "A-ah, sebab nak mulakan kehidupan yang baru." "Baru jugak kehidupan kita sekarang ni!") Bukannya jalan cerita, walaupun banyak babak yang bukan hanya tak masuk akal, malah tak masuk lingkungan 100 kilometer dari akal. Bukannya arahan, walaupun arahan Azhari - seperti biasa - langsung tak reti bagaimana hendak jayakan apa yang diinginkan. Benda yang paling teruk dengan Flat 3A ni ialah lakonan. Ho Mai God, lakonannya memang celaka nak gila mampus babi!

Dalam barisan pelakon, nama yang paling femes ialah Intan Ladyana; dari dua filemnya yang pernah saya tonton, saya dah tak menjangka banyak darinya. Semasa permulaan dia gedik sehingga menjengkelkan, lain masa dia asyik freak out je. Pelakon-pelakon yang lain kebanyakannya saya tak kenal; mungkin mereka bakat baru, atau pernah keluar kat drama TV, saya tak tahu. Tapi semuanya teruk. Ery Zukhairi kayu. Khaty Azean terlalu over. Shasha Zurazie macam selamba je. Adey Syafrien... ya Allah, dia ni hilarious. Lakonannya macam budak sekolah dalam pementasan Hari Guru. Bacaan dialognya tidak sekalipun disebut dengan intonasi yang betul. Saya tak boleh lupa saat dimana dia bertanya "Mana Fiqah?" dengan nada kanak-kanak merengek. Serius saya terdorong nak beli DVD filem ni, ambik klip "Mana Fiqah?" tu dan bubuh kat YouTube. Boleh jadi meme macam filem Troll 2.

Tapi kalau filem ini dibariskan Johnny Depp dan Kiera Knightley pun tak guna jika pengarahnya bebal macam Azhari ni. Segala sudut kamera serta pencahayaan dan perekaan set yang ngeri digagalkan akibat pendekatannya yang langsung tak reti erti seram. Pertama kali Fiqah dan Ratna menjejak kaki kedalam flat yang baru, hantu dah keluar lima kali. Lima kali. (Dan ada dua tiga kali dimana orang nampak hantu dekat Fiqah, terus lari ketakutan, tapi tak pernah bukak mulut cakap "Eh, kat tepi kau tu hantu lah!") Babak klimaksnya panjang gila tahap bosan, menonjolkan aksi silat yang tidak meyakinkan serta orang kena rasuk hantu sama seperti berpuluh-puluh filem seram Melayu. Ada pula adegan dimana sebuah kereta terbabas akibat pemandu nampak hantu. Difilemkannya macam ini: nampak hantu kat cermin depan, fade out, pastu fade in semula nampak kereta terhenti dan drebarnya menyandar kepala atas stering.

Ini membawa kita kepada jalan ceritanya yang menyah logik. Pemandu yang terbabas tu diselamatkan oleh Wahyu, tapi adakah Wahyu memanggil ambulans atau memberi pertolongan cemas? Tidak - dia membaringkan mangsa di atas lantai rumahnya dan membaca doa. Ini mencetuskan psychic flashback dimana Wahyu dapat membaca fikiran mangsa tu dan menyingkap segala rahsia yang disimpannya. Ini kali pertama mereka bertemu, tau. Ibu Fatin hampir hilang siuman kerana hiba atas kehilangan anaknya, tapi dengar khutbah Jumaat sekali dah okey - jadi ketidaksiumannya takde kenamengena dengan apape. Dan pada adegan klimaktiknya - meh saya bagi SPOILER ALERT dulu - heroine kita ni menjadi pembunuh. Dia bunuh orang, bukan atas sebab membela diri, tapi dengan kejam dan cold-blooded! Bukan pertama kali Azhari memaparkan dunia yang tiada undang-undang mahupun perkhidmatan awam didalam filemnya. Wahai Encik Azhari, awak anarkis ke?

Mungkin ini semua angkara Azhari (besar kemungkinan ini angkara Azhari) - tapi disini saya ingin bercakap tentang kawalan mutu kesemua filem keluaran Metrowealth Pictures ni. Kualitinya jelas dilihat dalam super yang keluar masa mula-mula, yang bertulis "An Horror film", "Starring by" dan "Co-Strarring". Pasca produksinya sekali lagi dikendalikan oleh Brian Ng, yang merakam semula 100% dialog di studio, membubuh efek bunyi dengan sambil lewa, dan suka sangat menyunting babak flashback yang mengingatkan audiens tentang adegan yang baru mereka lihat. (Filem ini takde, tapi banyak lagi filem Metrowealth yang ada.) Mungkin juga dalam proses pembikinan filem cara MIG ni, pengarah bukannya seniman yang menghasilkan karya seni, tapi hanya sekadar pekerja dalam barisan pemasangan yang mengeluarkan filem macam kilang mi Maggi. Tak hairanlah industri perfileman kita masih di tahap jamban - tapi bila masa penonton akan sedar dan meminta filem yang lebih baik? Kalau taik pun kamu sanggup makan, taik sajalah yang akan dihidangkan.

NEXT REVIEW: Hanna
Expectations: ooh, looking forward to it

3 comments:

fadz said...

yey, nasib baik tak tgk, thx tmbf!

Nizam said...

What do you mean nasib baik tak tgk Fadz. Kau kena tengok dan review!

Lord Mark said...

Are you tired of being human, having talented brain turning to a vampire in a good posture in ten minutes, Do you want to have power and influence over others, To be charming and desirable, To have wealth, health, without delaying in a good human posture and becoming an immortal? If yes, these your chance. It's a world of vampire where life get easier,We have made so many persons vampires and have turned them rich, You will assured long life and prosperity, You shall be made to be very sensitive to mental alertness, Stronger and also very fast, You will not be restricted to walking at night only even at the very middle of broad day light you will be made to walk, This is an opportunity to have the human vampire virus to perform in a good posture. If you are interested contact us on Vampirelord7878@gmail.com